KHUTBAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى تَتِمُّ الصَّالِحَاتِ، و أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّابَعْدُ: فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، قال الله تعالى

$pkš‰r’¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#qä9qè%ur Zwöqs% #Y‰ƒÏ‰y™ ÇÐÉÈ   ôxÎ=óÁムöNä3s9 ö/ä3n=»yJôãr& öÏÿøótƒur öNä3s9 öNä3t/qçRèŒ 3 `tBur ÆìÏÜム©!$# ¼ã&s!qߙu‘ur ô‰s)sù y—$sù #·—öqsù $¸JŠÏàtã ÇÐÊÈ

Marilah kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Kita laksanakan segala suruhan dan titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Khutbah adalah salah satu daripada rukun daripada rukun-rukun Jumaat. Sehubungan dengan itu mendengar dan menghayati khutbah menentukan sahnya pahala Jumaat. Sesungguhnya berbicara ketika khutbah disampaikan walaupun dengan perkataan diam, membawa kepada lagha, yakni sia-sia pahala Jumaat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110,

öNçGZä. uŽöyz >p¨Bé& ôMy_̍÷zé& Ĩ$¨Y=Ï9 tbrâßDù’s? Å$rã÷èyJø9$$Î/ šcöqyg÷Ys?ur Ç`tã ̍x6ZßJø9$# tbqãZÏB÷sè?ur «!$$Î/ 3 öqs9ur šÆtB#uä ã@÷dr& É=»tGÅ6ø9$# tb%s3s9 #ZŽöyz Nßg©9 4 ãNßg÷ZÏiB šcqãYÏB÷sßJø9$# ãNèdçŽsYò2r&ur tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÊÊÉÈ

Kamu adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara makruf dan melarang daripada Segala perkara Yang munkar, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab  itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Di dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah SWT menggariskan ciri umat yang terbaik iaitulah umat yang mengerjakan amar ma’ruf menyuruh segala yang baik dan nahi munkar mencegah segala kemungkaran. Kewajipan amar makruf dan nahi munkar ini merupakan satu tanggung jawab seluruh umat Islam yang jika ianya tidak dilaksanakan maka tunggulah apa yang dinyatakan oleh baginda SAW dalam hadith riwayat At-Tirmizi yang bermaksud; “Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, hendaklah kamu menyuruh  kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak,  Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan”

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulallah SAW bersabda, mafhumnya; Tidaklah sesuatu kaum melakukan maksiat sedangkan terdapat di kalangan mereka orang-orang yang mulia dan mampu menegah serta mengubahnya tetapi mereka tidak menegah dan mengubah, nescaya Allah akan menimpakan azab secara menyeluruh kepada mereka.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Tanggung jawab mencegah kemungkaran dan maksiat merupakan satu kewajipan yang terbeban kepada semua orang yang beriman, bukan hanya kepada sipolan dan si anu, kepada pegawai itu dan ini, kepada ketua itu dan ini, kerana ianya sering disebut sebagai tanggung jawab ummah sebagaimana dalam firman-nya lagi,

`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããô‰tƒ ’n<Î) Ύösƒø:$# tbrããBù’tƒur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztƒur Ç`tã ̍s3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9’ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ

Surah Ali Imran, ayat 104, mafhumnya,”dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

Sabda Rasulallah SAW dalam hadith riwayat Muslim,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Berdasarkan hadith tersebut perbuatan munkar dan maksiat hendaklah dicegah dengan tiga pendekatan;

Pertama; Mencegah dengan tangan, bagi mereka yang memiliki dan memegang tampuk kekuasaan serta mereka yang mempunyai kekuatan dan keupayaan logistik dari semua peringkat.

Kedua ; Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran dan nasihat samada secara verbal iaitu lisan atau pun secara literatur iaitu tulisan mahupun melalui pelbagai alat sebaran am dan teknologi maklumat.

Ketiga ; Mencegah dengan hati, iaitu dengan merasa benci, jijik dan merasa sangat jelek dengan perbuatan munkar dan maksiat , tidak redha dengannya, menjauhkan diri daripadanya serta menolak dari menyokong dan mendukung sipelakunya selain tidak sekali-kali akan terlibat dengannya.

Ini adalah selemah-lemah iman, dengan maksud jika tidak ada langsung dalam hati kecilnya untuk rasa benci, rasa jijik dan jelek terhadap kemungkaran, maka tiadalah imannya. Wal’iyazubillahi min zalik.

Sidang Jumaat yang diurahmati Allah sekalian,

Jika ketiga-tiga mekanisme ini dapat kita padukan dan laksanakan sudah tentulah akan lahir masyarakat yang baik dan bersih dari segala gejala buruk dan keji yang mana ia merupakan kerja yang perlu dilakukan secara bersama dalam semua peringkat bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat hinggalah ke peringkat negara.

Seorang suami, seorang ayah, mempunyai kewajipan atas kuasanya sebagai seorang ketua keluarga untuk mencegah kemungkaran dan maksiat  terhadap anak-anak dan isteri-isterinya sebagaimana perintah Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6 agar kita memelihara diri dan kaum keluarga kita daripada api neraka. Inilah kaedah yang diajar oleh Islam, agar memulakannya dengan diri sendiri dan keluarganya terlebih dahulu.

Janganlah kita hanya menuding jari kepada orang lain apabila berleluasanya kemungkaran dan maksiat sedangkan dalam keluarga kita masih ada yang tidak menjalani kehidupan sebagaimana yang dituntut Islam. Isteri dan anak perempuan tidak menutup aurat, anak-anak bergaul bebas dengan yang bukan mahram, anak isteri yang tidak solat dan lain-lain yang dibiarkan sahaja tanpa adanya pencegahan daripada keluarga.

Pada masa yang sama, pihak berkaitan seperti pihak pemerintah, penguatkuasa-penguatkuasa undang-undang dan agama, pihak ketua-ketua jabatan, majikan-majikan dan semua yang memiliki kuasa dalam lingkungan mereka mempunyai kewajipan untuk mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Apakah yang dikatakan perbuatan mungkar dan maksiat itu ? Para ulama menggariskan mungkar itu ialah apa sahaja iktikad keyakinan, amal perbuatan dan ucapan yang bertentangan dengan hukum syarak. Setiap perbuatan mungkar adalah maksiat, iaitu kederhakaan kepada Allah SWT.

Kemungkaran yang paling besar sekali ialah syirik kepada Allah iaitu menyengutukan zat Allah, menyengutukan sifat Allah, menyengutukan nama-nama Allah, menyengutukan perbuatan Allah, menyengutukan hukum dan undang-undang Allah dan menyengutukan apa sahaja yang menjadi hak Allah.

Diantara perbuatan syirik termasuklah ilmu sihir, ilmu hitam, membela jenglot dan hantu toyol, melakukan upacara pada kubur dan keramat kerana hajat tertentu serta kepercayaan karut-marut, khurafat dan ajaran sesat-barat. Perbuatan syirik merupakan dosa besar yang tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT (Surah An-Nisa : 48) diharamkan sipelakunya masuk syurga dan akan masuk ke dalam neraka (Surah Al-Maidah : 72). terhapus segala pahala amalannya (Surah Azzumar : 65) dan pelbagai lagi ancaman daripada Allah SWT dan rasul-Nya SAW. Wal’iyazubillahi min zalik.

Di antara perbuatan mungkar yang boleh membinasakan negara ialah rasuah yang dianggap biasa dan tidak ada apa dalam dunia Islam walhal rasuah telah merugikan berbilion ringgit wang ummah. Amat malang dan malunya kita kononnya khaira ummah, umat yang terbaik, tetapi dalam 10 negara teratas yang hampir tiada rasuahnya dalam  Indeks Persepsi Rasuah CPI 2009, kesemuanya negara bukan Islam, manakala dalam 10 negara paling bawah, iaitu yang paling banyak rasuahnya 7 adalah negara umat Islam. Mengapa kita tidak merasa benci dengan rasuah, tidak memandang jijik dengan rasuah, tidak merasa jelek dengan perbuatan rasuah, duit rasuah, perasuah, pengamal rasuah, padahal itu adalah selemah-lemah iman dalam mencegah kemungkaran.

Selain itu, kezaliman sesama manusia dan haiwan, penyalah gunaan kuasa, mencuri harta dan keselamatan negara, membocorkan rahsia negara, menyeludup keluar pasir dan hasil mineral, pencerobohan terhadap hasil hutan dan pembalakan, pengedaran dadah, rumah urut dan pelacuran, penyebaran media lucah dan lagha, menabur fitnah dan adu domba di alam siber, komplot sorok dan penipuan pelaburan, semuanya adalah perbuatan mungkar dan maksiat besar yang perlu untuk dicegah secara bersama oleh semua pihak.

Demikian perbuatan-perbuatan mungkar dan maksiat lainnya yang berlaku di hadapan mata kita. Gejala shahwat dan pergaulan bebas berleluasa dalam masyarakat tidak kira tua apatah lagi yang muda seperti zina, rogol, bersekedudukan, khalwat dan pencabulan, minum arak dan penagihan dadah;  keruntuhan akhlak dan moral dengan pelbagai bentuk budaya mungkar seperti pengkid, gay, skinhead, black metal dan sebagainya; kehilangan tata susila murni dan akhlak mulia dengan budaya samseng, kurang ajar dan vandalisme.

Marilah kita sama-sama berganding bahu melaksanakan amanah Allah untuk menyeru perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran. Marilah kita sama-sama menyokong dan mendukung  pihak yang  berusaha membanteras kemungkaran dan maksiat dan kita ramai-ramai menolak pihak yang mengamalkan kemungkaran dan maksiat. Marilah kita rebut setiap ruang dan peluang yang ada untuk meninggikan dan memartabatkan hukum Allah di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita yang tercinta ini. Mudah-mudahan Allah menghindarkan kita daripada bala dan bencana.

A’uzubilLahi minasy-Syaitanir-Rajim;

šúïÏ%©!$#ur #sŒÎ) (#qè=yèsù ºpt±Ås»sù ÷rr& (#þqßJn=sß öNæh|¡àÿRr& (#rãx.sŒ ©!$# (#rãxÿøótGó™$$sù öNÎgÎ/qçRä‹Ï9 `tBur ãÏÿøótƒ šUqçR—%!$# žwÎ) ª!$# öNs9ur (#r•ŽÅÇム4’n?tã $tB (#qè=yèsù öNèdur šcqßJn=ôètƒ ÇÊÌÎÈ

Surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud;  dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ  وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ  قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


About this entry