Masalah Rumah Tangga

Soal jawab yang berlaku antara saya dan seseorang yang tidak dikenali melalui SMS. Moga boleh jadi input, info dan manfaat yang berguna.

(anonymous) WOMEN : Askum..Bang Rumaizi. Sy nak minta pendapat. Bolehkah seorang isteri meminta cerai kerana kemiskinan suaminya dan apa hukumnya. Harap dapat membantu.

AKU : Siapa ni ?

WOMEN : Mangsa rumah tangga. Tolonglah bagitahu…..

AKU : Banyak faktor kena ambil kira bagi menjawabnya. Ikut situasi dan keadaan. Hukum asal memang tak boleh, tetapi hukum teranjal menurut premisnya. Nasi asalnya halal jadi haram kerana sebab-sebab tertentu. Begitu dalam kes ini.

WOMEN : Boleh ke seorang suami dipaksa menceraikan isterinya sedangkan dia masih sayangkan isterinya dan tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya.

AKU : Cerai paksa tidak sah.Maksud paksa ialah apa-apa yang mengancam nyawa, fizikal. Dalam kes ni hakim akan tentukan. Kalau setakat tong kosong bukan paksa namanya. Semua bergantung pada suami. Lafaz cerai bukan boleh main-main. Suami ada kuasa menceraikan isteri, isteri ada hak tuntut fasakh. Banyak perkara kena lihat. WalLahu a’lam.

WOMEN : Maksud saya paksa dari segi batin. Isteri bermasam muka, mencari punca agar suami melepaskannya. Sebumbung tapi tak bercakap. Layan sex pun kerana terpaksa rela. Tak mau bermesra. Sentiasa minta jangan diganggu, sedangkan suaminya sentiasa dahagakan kemesraan. Bagi saya itu adalah “paksaan”…

AKU : Ikut hukum syarak itu bukan paksa. Kalau macam tu isteri memenag berdosa besar.

WOMEN : Salahkah kalau suami hanya mampu berikan keperluan tapi tak dapat berikan kemewahan ?

WOMEN : Tengah sibuk ke…lom jawab ni ? Salahkah kalau suami hanya mampu berikan keperluan tapi tak dapat berikan kemewahan.Dan apakah mahkamah boleh berikan fasakh kepada isteri untuk kes begini ?

AKU : Amat salah kalau buat perangai macam tu.Kemewahan benda yang datang dan pergi. Hari ini mungkin miskin , esok lusa jadi senang siapa tahu ? Hari ini kaya raya, esok lusa jadi miskin banyak terjadi. Cuba tonton filem “In pursuit of Happyness” lakonan Will Smith, sebuah kisah benar. Cuba lihat bapak seorang &^%$#$%, dulu kaya sekarang miskin. Anak-anak tak mengaku bapak pulak tu.Merempat di pekan $#&%. Rasulullah lagi miskin tetapi hati Aishah tetap bersyukur. Saidina Ali lagi papa kedana tetapi Fatimah tidak pernah merungut. Pernah dia bersungut kepada nabi, nabi ajar bersabar dan sebut Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar. Sebab tu saya kata kena tengok kes.Apa pun perlakuan isteri seperti itu amat berdosa.

WOMEN : Alhamdulillah…lapang dada saya. Terima kasih untuk hari ini kerana sudi menjawab. Masih banyak soalan yang saya nak tanya . Harap tak jemu….Assalamualaikum.

AKU : Terima kasih kembali.Moga pendapat yang saya beri jadi manfaat dan ilmu yang berguna.Kalau miskin kerana suami pemalas nak mampus, tidur je, tahi judi, kaki botol, mat pet ada kes untuk tuntut fasakh dan hak wanita untuk hal itu.Tapi kalau miskin dalam keadaan dia tidak malas, ada kerja, bertanggung jawab, beriman, maka tiada sebab untuk minta cerai. Sabar dan banyakkan doa.Mula-mula hiduop dulu aku pun susah. Bergolok bergadai. Bertahun-tahun hidup susah. Namun langit tak selalu mendung. Bagi yang kaya sekarang, ingatlah langit pun tak selalu cerah. WalLahu A’lam.

WOMEN : Tmbh sikit, kalau kemiskinan suaminya disebabkan kerana berkorban untuk anak-anaknya . Contoh suami ada kerja tetap tetapi rezeki kurang.Dia tak dapat nak buat part time kerana tiada siapa menguruskan hal sekolah dan makan minum anaknya. Satu lagi dia berkorban dmi kerjaya isterinya. Dia terpaksa cuti supaya isterinya dapat bekerja dengan sempurna. Ini sudah menjejaskan pendapatan suami. Camner pulak kes ni?

AKU : Ini kira suami bagus le. Sepatutnya saling berkorban. Bersukur dam bersabarlah, “
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Al Baqarah : 214. Dapat suami macam ni pun tak bersyukur lagi ke ? Ada kes dapat suami baik tapi miskin dia minta cerai. Lepas tu kawin dengan orang kaya, mewah, tetapi suami jahat, kaki betina, kaki botol, suka main kaki tangan. Mana lebih derita ? WaLlahu A’lam.

WOMEN : Suami kerja kampung, gaji anggaran RM 1000. Isteri kerja kilang gaji RM 2500. Tolong bg pandangan.

WOMEN : Suami rasa rendah diri dan takutkan isteri terbeban dengan kerjayanya lalu tarik segala keistimewaan yang mengikut adat, seperti pakaian, makan minum dan lain-lain diuruskan sendiri. Wajarkan suami buat macam tu…?

AKU : Suami kena sediakan segalanya. Tapi tak salah isteri bersedekah kepada keluarga.. Khadijah janda korporat, kawin dengan gembala kambing. Khadijah berkorban harta untuk agama dan suami tercinta. Suami hargai dengan menjadi yang terbaik adanya. Ada contoh depan mata daripada sirah nabi mulia. Pelajarilah teladan ini. ”Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan KAUM KERABAT, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya). Al-Baqarah : 215. Bukankah suami juga kaum kerabat dan kalau miskin pula masuk dalam ORANG MISKIN> Dalam hidup berkeluarga perlu ada timbal balas, tolak ansur kerana KITA BERKONGSI SEGALANYA dari kepunyaan Allah. Saya doakan anda bersabar, teguh iman dan berbahagia. Amin.


About this entry