Rumaizi's Official Weblog
HIJRAH : MANUSIA ADALAH INSAN HIJRAH – MEWARISINYA DARI ADAM.
MANUSIA ADALAH INSAN HIJRAH. Itulah hakikatnya. Sejak bermulanya manusia dan sejarahnya, ia telah menjadi insan hijrah. Konotasi “hijrah” yang menurut Kamus Besar Arab Melayu Dewan dari 3 huruf asalnya membawa maksud menjauhi apabila menjadi 4 aksara dengan penambahan alif bermakna meninggalkan yang dalam bahasa kita disebut berhijrah-berpindah sebagaimana dinyatakan oleh Kamus Dewan Edisi 4 . Insan hijrah dimulai oleh Nabi Adam AS dan isterinya apabila mereka “dipaksa” turun akibat kesilapan memakan buah “khuldi” dengan menjauhi syurga, meninggalkan serba kenikmatannya, menuju bumi  yang penuh payah dan kesengsaraan ini sebagaimana terakan indah dalam al-Quran;
Al-Baqarah 2 : 36. setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat Yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian Yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.
Al-Baqarah 2 : 38. 38. Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu!’
Tiba dibumi, kembara hijrah diteruskan apabila pasangan yang bahagia di syurga ini terpisah jauh, katanya seorang diAustraliadan seorang lai di Afrika sebelum ketemu dengan penuh rindu di Jabal Rahmah, Arafah pada tahun yang tidak diketahui dengan tepat oleh sesiapa pun. Hijrah itu diteruskan pula oleh sebahagian anaknya yang akhirnya membentuk kabilah-kabilah manusia tertentu sebelum diratakan pula oleh banjir besar NabiNuhAS.
Hijrah manusia yang dikatakan pertama sekali berkhitan dan memakai seluar menurut Tarikh Abil-Fida’ diwarisi oleh anak cucu Sam bin Nuh yang digelar Khalilullah, iaitu Nabi Ibrahim AS yang terpaksa meninggalkan negeri maju dan bertamadun Babilon  yang syirik menuju ke Harran sebelum dilanjutkan ke Mesir yang diperintah oleh Firaun yang gilakan isteri orang, pantang nampak yang cantik akan dimintanya.
Ia tidak terhenti di situ melainkan Nabi Ibrahim AS dan isterinya Sarah AS bersama Hajar AS hamba sahaya yang kemudiannya menjadi madunya berhijrah pula ke Palestine sebelum kecemburuan hidup bermadu memaksanya membawa Hajar AS bersama anaknya ke Tanah Hijaz. Dari zuriat Sarah lahirlah Bani Ishaq yang sebahagiannya menjadi Yahudi manakala dari Hajar AS lahirlah Nabi Ismail AS yang melahirkan Bani Arab setelah Nabi Ismail AS berkahwin dengan wanita suku Jurhum.
Hijrah keturunan Nabi Ibrahim AS diwarisi pula oleh keluarga Nabi Yaakub AS yang menuruti jejak langkah leluhurnya berpindah ke Mesir setelah anaknya yang paling kacak, Nabi Yusuf AS menjadi menteri kerajaan Firaun yang monotheistik. (Dalam sejarah Firaun ada rajanya yang beriman kepada satu Tuhan, diduga ini yang beriman dengan Allah pada masa NabiYusufAS). Keturunan Nabi Yaakub AS yang berkembang biak di Mesir kemudiannya diperhambakan oleh Firaun dari dinasti musyrik (politheistik) sebelum mereka kemudiannya berhijrah pulang semula ke bumiPalestinedi bawah pimpinan NabiMusaAS.(Dalam sejarah Firaun, dinasti yang beriman ditumbangkan oleh dinasti musyrik.)
Demikian setelah kerajaan Yahudi berada di bawah penguasaan Rumawi yang bertanggung jawab menghukum Nabi Isa AS dengan menyalib orang yang salah, menyebabkan para hawariyin berhijrah ke merata pelosok menyebarkan ajaran tauhid yang kemudiannya dicemari dengan falsafah triniti yang syirik. Sehinggalah kepada nabi yang terakhir, Nabi Muhammad SAW juga telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah meninggalkankotasuci kelahirannya yang payah untuk menyokong ajaran yang dibawanya menuju ke kawasan yang menjanjikan benih subur untuk Islam di kita Tayyibah yang kemudiannya menjadi madinah Al-Munawwarah.
Walaupun Nabi Muhammad SAW mengatakan hijrah yang disyariatkan kepadanya telah terhenti dengan kata-katanya yang dirakamkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya bersumberkan jalur sanad yang tiba kepada Saidatina Aishah RA ;
“Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekkah,) tetapi jihad dan niat (yang baik.) Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah.”
Ini bukan bererti manusia hijrah terhenti melainkan akan terus berhijrah sehinggalah kiamat itu berlaku. Bahkan, setelah mati pun, ruh ini akan berhijrah menuju alam barzakh yang sering digambarkan penuh kengerian seolah-olah Allah SWT sangat garang dengan manusia padahal banyak nas yang mengatakan sebaliknya, sebelum manusia akan berhijrah pula ke padang Mahsyar setelah tiupan sangka kala, bergelandangan tanpa hala tujuan selama ribuan tahun sebelum syafaat Nabi Muhammad SAW mengakhiri kesengsaraan untuk sebahagian besar manusia itu sebagaimana digambarkan oleh Imam Qurtubhi melalui nas-nas hadis dalam kitab At-Tazkirah Fi Ahwal al-Mawta Wa Umur al-Akhirahnya.
Sementara nadi kehidupan masih berdenyut, manusia yang mewarisi hijrah dari bapanya Nabi Adam AS ini akan terus berhijrah sebagaimana tercatat dalam beratus-ratus lembaran buku sejarah. Parameswara juga berhijrah dari tanahnyaPalembangmenuju ke Temasik sebelum diancam kuasaSiamyang menghambatnya untuk berhijrah ke sebuah kuala sungai yang kemudiannya menjadi empayer besar bernama Melaka. Bukankah keagungan Amerika Syarikat sekaran ini juga bermula dengan penghijrahan besar-besaran orang Eropah ke benua yang kononnya ditemui oleh Magellan, tetapi diberi nama sempena Amerigo Vespucci. Dan 13 negeri asal yang baru mandiri dari jajahan British itu terus berkembang dengan penghijrahan besar-besaran pula ke sebelah Barat sehingga melakarkan lagenda Wil-wild West dan Zorro. Aku sendiri berada di bumi bertuah ini kerana hijrahnya datuk aku dari Tanah Jawa yang mistik meninggalkan zuriat yang betebaran pula ke merata tempat.
Perkataan hijrah disebut tidak kurang 22 kali dalam pelbagai konotasi di dalam al-Quran. Antaranya;
Al-Baqarah : 2  : 218. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Nisa : 4 : 89. . mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan Yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;
Al-Ankabut : 29 : 26. setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: “Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
Al-Mumtahanah : 60 : 10. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila orang-orang perempuan Yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: Dengan Yang demikian, sekiranya kamu mengetahui Bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang Yang kafir. mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa Yang mereka telah belanjakan. dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin Dengan mereka (perempuan-perempuan Yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. dan janganlah kamu (Wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu Dengan perempuan-perempuan Yang (kekal Dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin Yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami Yang kafir itu) meminta balik apa Yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Satu lagi teori warisan – manusia hijrah. WalLahu A’lam.
PENGETAHUAN WARISAN
Seorang bertanya, “ Ustaz, manusia ni memang hebatlah. Macamana dia boleh fikir buat benda-benda ni semua ?” Sambil menunjukkan Samsung Galaxy Notenya. Ya, semakin maju teknologi semakin manusia merasakan kehebatannya. Semalam, salah seorang pembentang kertas kerja menceritakan bagaimana proses GM Food berlaku menambahkan lagi teka-teki ke”hebatan” manusia.
Teringat semasa mengulas bab pertama kitab Tarikh Abil Fida ; Al-Muktasar fi Akhbar al-Basyar  untuk kuliah subuh di masjid, terfikir mungkinkah pengetahuan yang manusia ada pada masa ini merupakan warisan turun temurun dari Adam AS? Kenapa saya katakan begitu ? Cuba renungkan kembali ayat ini,
31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar”.
32. malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
33. Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?”.
( Al-Baqarah : 31-33)
Ibn Kathir ketika mengulas ayat ini dalam Qasas al-Anbiya’nya membawa beberapa riwayat mengenainya. Ibn Abbas diriwayatkan mengatakan, “Ia adalah nama-nama yang diketahui manusia – insan, binatang, bumi, pasir, lautan, bukit-bukau, unta, kaldai dan yang seumpamanyadaripada umat-umat dan selainnya.”  Kata Mujahid, “ Diajarkan nama-nama lembaran dan al-qadar, nama-nama setiap binatang dan  burung, dan setiap sesuatu.” Demikian juga kata Said bin Jubayr, Qatadah dan lain-lain.
Kata al-Rabi’ diajarkan Adam nama-nama malaikat, manakala Abdul Rahman bin Zaid menyatakan diajar nama-nama zuriat Nabi Adam AS. Kata Ibn Kathir, yang benarnya ialah diajar kepada Adam AS nama-nama setiap zat (benda) dan kelakuannya besar dan kecil sebagaimana yang ditunjukkan oleh Ibn Abbas dan juga riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada said dan Hisham, daripada qatadah, daripada Anas bin Malik RA daripada Rasulallah SAW;” Dihimpunkan orang-orang mukmin pada hari kiamat dan mereka berkata untuk memohon syafaat kepada Tuhan kita. Maka mereka datang kepada Nabi Adam AS lalu berkata, Engkau adalah bapa kepada manusia. Allah jadikan engan dengan tangan-Nya dan sujud kepada engkau para malaikat dan mengajarkan kepada engkau nama-nama setiap sesuatu….” hingga akhir hadis.
Berdasarkan ini, adakah mustahil jika Samsung Galaxy juga diajarkan kepada bapa kita dahulu ? Termasuklah DNA, Klon, GM Food dan sebagainya. Bukankah otak manusia itu mengandungi lebih 100 billion (100,000,000,000) neuron yang setiap satunya mempunyai sehingga 1000 titik dok (docking point) yang apabila berhubungan  antara satu sama lain menghasilkan 100,000 billion (100,000,000,000,000) rangkaian pertukaran maklumat. Secara praktisnya, hanya sebahagian kecil perhubungan ini berlaku dalam otak kita.(Lihat, Susan Watt, et.al.,  Making The Most of Your Brain. London : Readers Digest Association Limited.)
Berdasarkan nas dan fakta ini, secara teorinya, segala idea yang ada dalam kepala otak manusia merupakan pengetahuan yang diwarisi daripada nabi Adam AS. Pengetahuan yang Allah ajarkan kepada bapa kita ini, sehinggakan malaikat pun “surrender” kerana tidak terfikir pun benda-benda yang disebutkan oleh nabi Adam AS sebagaimana dalam ayat 32 di atas.Setiap dari kita berkongsi sedikit daripada pengetahuan yang didapati dari dalam syurga, tersimpan bagaikan memori dalam cakera keras, timbul sebagai idea pada kala dan ketika tertentu dari pelbagai kepala otak manusia yang berjumlah lebih 7 billion ini.  Wallahu A’lam, sekadar pendapat saya yang jahil ini.
Soal Jawab Dengan Anak Muda Yang Kebingungan Tentang Kematian Kakaknya.
Berikut ialah soalan-soalan yang ditanyakan oleh seorang remaja yang kebingungan tentang kematian kakanya dalam kemalangan. Tulisan dan lenggok bahasa remaja tersebut dikekalkan, maklumlah bebudak zaman sekarang, menggunakan lenggok bahasa yang lari daripada nahu dan laras bahasa.
(Terima kasih kepada emak saudara kepada rakan remaja ini yang telah mengirimkan soalan-soalan ini kepada saya. Mudah-mudahan jawapan saya akan memuaskan hatinya. Moga Allah berikan rahmat kepadanya. )
1. Betul ke kakak aku akan dpt balasan syurga, anak2 dia akan tarik dia mase kiamat nt.mcmmane plak ngn ayah diorg.dpt balasan yg same ke.
2. Ade yg ckp skang kakak aku dh naik ke syurga ngn anak2 die, bukan ke die kene soal dulu dlm kubur..yg mane betul
3. Tiap2 mlm aku mengaji sedekah kt arwah.mcmane kl ade bacaan aku yg salah..ade pe2 kesan ke kt arwah..aku risau.ni aku plan nk mik kelas mengaji kt masjid shah alam.aku takut sedekah aku tu x sampai sb bacaan aku ade yg salah
4. Aku dh buatkan fidyah puase tuk arwah.aku x sure berape byk pose yg arwah x sempat ganti, so aku buat tuk 60 hari terus..sebagai waris, masih kene gantikan ke puase yg tertgl tu..aku mmg plan nk wat gilir2 ngn adik aku, niat ganti tuk arwah…boleh kan..
5. Skang ni tiap kali balik kg mst aku singgah kubur..sb dulu kl lik, mst aku singgah umah arwah dulu..betul ke ade yg ckp, salah kl selalu tabur daun pandan ngn bunga kt kubur..arwah dulu suke bunga, so tiap kali lawat mst aku tabur bunga
6. Aku ade beli yasin, sedekah kt surau, masjid, sedekah duit kt sek, beli kitab sedekah kt sek agama..sume kitorg wat atas nama arwah..ni boleh ringankan siksaan dlm kubur kan..ade x cara lain lg..
JAWAPAN
1. Betul ke kakak aku akan dpt balasan syurga, anak2 dia akan tarik dia mase kiamat nt.mcmmane plak ngn ayah diorg.dpt balasan yg same ke.
1.1. Semua orang mukmin, ahli tauhid yang beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW walau sebesar biji atom akan masuk syurga. Firman Allah;
“Seungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. “Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan Yang demikian itu untuk orang-orang Yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Al-Bayyinah : 7-8)
Rasulullah SAW bersabda;
Sabda Rasulallah SAW; Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah pesuruh Allah, tidaklah seseorang yang bertemu dengan Allah (mati) dengan meyakini kedua pengakuan itu tanpa ragu melainkan masuk ke dalam Syurga (HR Muslim).
Cara orang mukmin masuk syurga ada pelbagai;
i- Masuk syurga tanpa hisab – masuk terus.
ii- Masuk syurga setelah dihisab – amal baik lebih banyak dari amal jahat (pahala lebih banyak dari dosa) selain orang yang banyak dosa tetapi mendapat pengampunan Allah SWT dengan rahmat-Nya.
iii- Masuk syuga setelah dihukum dalam neraka akibat dosanya sangat banyak mengatasi pahalanya. Ini adalah pelaku dosa2 besar serta mereka yang tidak melakukan rukun-rukun Islam dan tidak mendapat pengampunan Allah.
1.2.
Hadis Abu Said Al-Khudriy ra katanya: “Seorang perempuan datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Orang lelaki boleh mendengar hadis daripadamu pada bila-bila masa. Oleh itu luangkan satu hari kepada kami untuk kami pelajari daripadamu apa yang diajarkan Allah SWT. Baginda bersabda: Berhimpunlah kamu pada hari yang tertentu. Rasulullah SAW kemudian mendapatkan mereka serta mengajar beberapa perkara yang diajarkan oleh Allah SWT. Lalu baginda bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang kematian tiga orang anak, nescaya mereka (si anak) akan menjadi penghalang ibunya daripada diazabkan dalam neraka. Seorang perempuan bertanya: Bagaimana dengan mereka yang kematian dua anak. Baginda bersabda: “Begitu juga mereka yang kematian dua anak,” sabda Baginda – HR Muslim.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” ( HR at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Dari Anas r.a berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Setiap orang Islam yang kematian 3 orang anaknya yang belum dewasa (baliq), maka ia akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga atas berkat rahmat Allah terhadap anak-anaknya itu” [HR. Bukhari dan Muslim]
Daripada hadis di atas menunjukkan bukan ibu sahaja tetapi juga siayah berdasarkan kata nabi “Barangsiapa”.
2. ade yg ckp skang kakak aku dh naik ke syurga ngn anak2 die, bukan ke die kene soal dulu dlm kubur..yg mane betul
2.1. Orang yang mati akan melalui ujian di dalam kubur kecuali orang yang mati syahid dan orang yang mati pada hari Jumaat. Ibnu Qayyim rahimahullah juga ada menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya; Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah, Mati syahid di jalan Allah, Membaca surat Al-Mulk, Meninggal kerana sakit perut, dan Meninggal dunia pada hari Jum’at.
Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda:
“Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur” Hadis Riwayat Tarmizi. Walaupun ada ulama yang menolak hadis ini kerana menganggapnya lemah, ada yang mengatakannya sahih srbagaimana dinyatakan dalam kitab Fathul Mu’in.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
“Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah.” Rasulullah bersabda: “Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit.” Mereka bertanya: “Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid.” (Hadis Riwayat Muslim(3539)
Berdasarkan hadis-hadis tersebut ada Ulama yang mengkiaskan mati dalam kemalangan juga termasuk dalam mati syahid (sbb zaman nabi dulu takda eksiden kereta) justeru cukuplah kesakitan semasa menghadapi kemalangan itu menjadi kafarah untuk di dalam kuburnya.
2.2. Walaupun seseorang mukmin dan saleh itu menghadapi ujian dan soal jawab dalam kubur, kemudiannya ia akan dibuka baginya taman-taman syurga sepanjang persemadiannya dalam alam barzakh sehingga terasa ia berada di dalam syurga.
Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.” Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).” Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600)
Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya: Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kiamat. HR Muslim : 5110
3. tiap2 mlm aku mengaji sedekah kt arwah.mcmane kl ade bacaan aku yg salah..ade pe2 kesan ke kt arwah..aku risau.ni aku plan nk mik kelas mengaji kt masjid shah alam.aku takut sedekah aku tu x sampai sb bacaan aku ade yg salah
3.1. Sebagai seorang Islam kita perlulah belajar membaca al-quran kerana itu adalah sebaik-baiknya;
Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
Hadith riwayat Bukhari.
Namun demikian, ketika dalam proses belajarnya berlaku susah payah dan bertatih dalam pembacaan ia akan tetap diberi pahala bahkan dapat dua pahala.
Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
HR Muslim.
Insya Allah, pahala tersebut akan sampai kepada simati asalkan ikhlas mengerjakannya.
Firman Allah :pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar. Al-Bayyinah : 5
Walaubagaimanapun, pahala amal kebaikan tergantung pada solatnya seseorang. Seorang yang tidak bersolat, maka akan tergantung segala pahala baiknya jadi bagaimana dia boleh sedekah pahala yang tergantung lantaran tidak solat ? Kerana itu disebut solat itu tiang agama.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (HR Thabrani)
4. aku dh buatkan fidyah puase tuk arwah.aku x sure berape byk pose yg arwah x sempat ganti, so aku buat tuk 60 hari terus..sebagai waris, masih kene gantikan ke puase yg tertgl tu..aku mmg plan nk wat gilir2 ngn adik aku, niat ganti tuk arwah…boleh kan..
Para ulama tidak sepakat tentang penggantian puasa simati. Ada yang menyatakan cukup dibayarkan fidyahnya sekadar mana yang diketahui bilangan puasa yang ditinggalkan. Ini berdasarkan ayat dalam surah al-baqarah : 184 ;
”Maka ia wajib membayar fidyah kepada fakir miskin ”.
Ada yang mengatakan boleh digantikan puasa untuknya oleh walinya / warisnya berdasarkan hadis; Aisyah Rhadiyallahu’ anha, Rasulullah bersabda : Artinya : “Barangsiapa yang meninggal sedang ia masih menanggung kewajiban puasa, maka walinya berpuasa untuknya.” (HR. Bukhori No. 1952 dan Muslim No. 1147)
Namun jumhur ulama tidak memberatkan waris untuk wajib berpuasa untuk simati, cukup dibayarkan fidyah.
Dalam kes ini, yang paling awla untuk menggantikan puasa simati samada membayar fidyah atau qada untuknya ialah suami simati walaupun semua kaum kerabat boleh melakukannya berdasarkan pandangan Ibn Hajar.
5. skang ni tiap kali balik kg mst aku singgah kubur..sb dulu kl lik, mst aku singgah umah arwah dulu..betul ke ade yg ckp, salah kl selalu tabur daun pandan ngn bunga kt kubur..arwah dulu suke bunga, so tiap kali lawat mst aku tabur bunga
Tidak salah menabur bunga di atas kuburan kerana bertujuan agar bunga yang segar itu yang masih sentiasa berzikir dapat emringankan siksa kubur simati jika ada berdasarkan hadis;
Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering.” (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292)
Dikatakan dalam kitab-kitab seperti Sabil al-Muhtadin dan Bughyatul
Tullab, bab tabur bunga, tanam pokok atau siram air ini disunatkan kerana
dapat mendinginkan mayat dalam kubur serta pokok atau bunga itu selagi
basah dapat bertasbih untuk keringan siksaan pada mayat. Namun sebahagian ulama berpendapat perbuatan tersebut tidak disyariatkan dan hadis di atas hanye menunjukkan kekhususan kepada Rasulullah SAW sahaja. Ini diperkuatkan dengan perkataan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma ketika melihat sebuah tanda di atas kuburan Abdurrahman,
“Wahai anak muda, cabutlah itu! Hanya amal perbuatannya saja yang
menaunginya” . Demikian yang diperjelaskan oleh Imam Bukhari sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Rusyd: “Nampaknya dari
penjelasan Imam Bukhari rahimahullah bahawa hal itu khusus untuk dua orang itu saja.
Justeru itu ada ulama yang menegah kita supaya menabur bunga pada setiap kali ziarah kubur bagi mengelakkan pembaziran. Apa yang penting sekali ialah doa kita untuk simati. WalLahu A’lam.
6. aku ade beli yasin, sedekah kt surau, masjid, sedekah duit kt sek, beli kitab sedekah kt sek agama..sume kitorg wat atas nama arwah..ni boleh ringankan siksaan dlm kubur kan..ade x cara lain lg..
Para ulama ijnak mengatakan sedekah atas nama simati boleh dan sampai pahalanya berdasarkan kisah Saad bin Ubadah yang kematian ibunya ketika beliau ketiadaan bersamanya. Lalu Saad datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: “Sesungguhnya ibuku telah wafat ketika aku ketiadaan bersamanya. Jika aku bersedekah atas namanya, adakah ia memberinya manfaat?” Jawab baginda: “Ya”. Saad berkata: “Aku mempersaksikan tuan bahawa kebunku Mikhraf adalah sedekah atas namanya (ibunya)”.HR Bukhari (no: 2605)
WalLahu A’lam.
PUISI SALAM AIDIL ADHA
Andainya Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi menurut perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban membantuk anakku agar menurut perintah Tuhan,
Andainya Ismail sanggup mengorbankan diri demi mematuhi ayahnya menurut perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban demi mematuhi ayahku mahukan aku menurut perintah Tuhan,
Andainya Khadijah sanggup mengorbankan hartanya demi menegakkan perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban menginfakkan hartakun demi perintah Tuhan,
Andainya Fatimah sanggup mengorbankan dirinya demi mematuhi ayahnya menerima cinta Ali atas perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keinginanku demi cintaku pada isteri atas takdir jodoh Tuhan,
Andainya Umar sanggup mengorbankan anaknya demi menegakkan keadilan siyasah Islam atas perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan pemikiran sempitku demi menegakkan keadilan siyasah negara atas perintah Tuhan,
Andainya Hasan sanggup mengorbankan jawatan khilafahnya demi menegakkan persaudaraan Islam kerana keredaan Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keegoanku demi menegakkan silaturrahmi antara kita kerana keredaan Tuhan,
Andainya Hussein sanggup mengorbankan jiwa dan kepalanya di Karbala demi menentang kezaliman tirani menyahut seruan Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan masa dan ruang waktuku demi menentang kezaliman siapa sahaja justeru seruan Tuhan,
Andainya kambing menjadi korban sebagai pertaruhan galang ganti Ismail sebagai peabdian suci kepada Tuhan.
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan harta membeli kambing atau lembu untuk dibuat korban saban tahun adanya….
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA TEMAN SAHABAT HANDAI KAUM KERABAT YANG KENAL YANG TIDAK KENAL YANG SUKA YANG TIDAK SUKA YANG KECIL HATI YANG BESAR HATI YANG MENYAMPAH YANG MENYENANGI YANG MENGUTUK YANG MEMUJI….SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI KALIAN MOHON MAAF ANDAI TIDAK DAPAT KUSEBUTKAN SATU-SATU NAMA KALIAN DALAM DOAKU NAMUN KALIAN TETAP DALAM DOAKU KEPADA TUHAN KERANA KALIAN ADALAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADANYA.
Dari aku, kami dan sekeluarga;
RUMAIZI BIN AHMAD
Masalah Takbir Raya : Sebelum atau Sesudah Wirid Sembahyang?
Soalan ini sama macam persoalan solat sunat rawatib sebelum atau selepas wirid dan di sana terdapat khilaf di kalangan para ulama sebagaimana yang pernah kita bawa dalam kuliah subuh sebelum ini. Kita yang bermazhab Syafi’i kita wirid dahulu sebelum sembahyang sunat. Rakan-rakan kita dari Pakistan yang bermazhab Hanafi atau lainnya, tuan2 boleh lihat mereka terus sembahyang sunat sebelum wirid dan doa. Ini khilaf dan masing2 ada hujah masing-masing. Berbalik kepada persoalan takbir hari raya ini, pertama sekali kita hendaklah tahu bahawa takbir hari raya ini terbahagi kepada 2, satu takbir mursal atau mutlaq	 dan kedua takbir muqayyad. Takbir mursal atau mutlaq ini ialah takbir yang tidak terikat dengan sesuatu umpamanya takbir Hari raya aidil fitri bermula dari terbenam matahari akhir Ramadhan hinggalah bertakbiratul ihram Imam solat sunat aidil fitri. Manakala takbir muqayyad ini ialah takbir yang disunatkan pada setiap sembahyang fardhu, atau sembahyang qadha, atau sembahyang sunat, atau sembahyang jenazah, iaitulah takbir hari raya aidil adha. Persoalannya dilakukan sebelum wirid atau sesudah wirid atau sesudah sembahyang sunat. Sebagai penganut mazhab Syafi’i di Nusantara mari kita buka kitab Furu’ al-Masa’il yang diterjemahkan dia oleh Mawlana Al-Syaikh Dawud bin Abdullah al-Fathani, cetakan Darul Maarif, Pulau Pinang, Jilid 1, muka surat 137. Apa tulisnya ?
Suila Radiyallahu ‘Anhu (Ditanya orang Radiyallahu Anhu) ; Apa kita dahulukan kemudian daripada sembahyang fardhunya atau sunatnya azkar sembahyang atau takbir ? (Azkar sembahyang tu wirid sembahnyang). Maka dijawabnya; Dengan bahawasanya hendaklah didahulukan takbir itu daripada azkar al-solah kerana bahawasanya ia tanda kenyataan waktu dan tiada berulang-ulang maka adalah sungguhnya akandia dengan mengerjakan sangat dituntut daripada azkar sembahyang ini nisbah kepada takbir muqayyad, adapun takbir mursal dita’khirkan dia daripada azkar sembahyang .
Mafhumnya, Takbir hari raya haji selepas solat aidil adha adalah takbir muqayyad maka lakukanlah sebelum wirid. Adapun takbir mursal itu sebermula daripada mula hari raya hinggalah Imam mengangkat takbiratul ihram solat sunat hari raya maka hendaklah dibuat selepas wirid sepanjang-panjang waktunya walaupun di sana ada pandangan yang mengatakan mengiringi waktu solat pada malam aidil fitri , ia dinyatakan pendapat yang kurang asah oleh Khatib Sharbini dalam Mughni Al-Muhtajnya disebabkan tiada waridnya daripada nas juga oleh Imam Nawawi dalam Minhaj al-Talibin Wa Umdat al-Muftin,
Dalam hadis Jabir menyatakan,Adalah rasulallah SAW bertakbir pada solat fajar (subuh) pada hari arafah hingga solat Asar pada akhir hari tasyrik sebaik sahaja salam daripada solat yang wajib. Dan dalam lafaz lain Rasulallah berpaling kepada sahabatnya selepas solat subuh seraya mengatakan tetaplah kamu ditempat kamu lalu bertakbir dari subuh arafah hinggalah asar akhir hari tasyrik. Riwayat Daruqutni dengan sanad yang dipertikaikan. Rujuk dalam Al-Fiqh Wa Adillatuh, Dr Wahbah Zuhayli , Jil.2, h. 383.
……. WaLlahu A’lam.
Jawapan untuk Kuliah Subuh.
Masalah Rumah Tangga
Soal jawab yang berlaku antara saya dan seseorang yang tidak dikenali melalui SMS. Moga boleh jadi input, info dan manfaat yang berguna.
(anonymous) WOMEN : Askum..Bang Rumaizi. Sy nak minta pendapat. Bolehkah seorang isteri meminta cerai kerana kemiskinan suaminya dan apa hukumnya. Harap dapat membantu.
AKU : Siapa ni ?
WOMEN : Mangsa rumah tangga. Tolonglah bagitahu…..
AKU : Banyak faktor kena ambil kira bagi menjawabnya. Ikut situasi dan keadaan. Hukum asal memang tak boleh, tetapi hukum teranjal menurut premisnya. Nasi asalnya halal jadi haram kerana sebab-sebab tertentu. Begitu dalam kes ini.
WOMEN : Boleh ke seorang suami dipaksa menceraikan isterinya sedangkan dia masih sayangkan isterinya dan tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya.
AKU : Cerai paksa tidak sah.Maksud paksa ialah apa-apa yang mengancam nyawa, fizikal. Dalam kes ni hakim akan tentukan. Kalau setakat tong kosong bukan paksa namanya. Semua bergantung pada suami. Lafaz cerai bukan boleh main-main. Suami ada kuasa menceraikan isteri, isteri ada hak tuntut fasakh. Banyak perkara kena lihat. WalLahu a’lam.
WOMEN : Maksud saya paksa dari segi batin. Isteri bermasam muka, mencari punca agar suami melepaskannya. Sebumbung tapi tak bercakap. Layan sex pun kerana terpaksa rela. Tak mau bermesra. Sentiasa minta jangan diganggu, sedangkan suaminya sentiasa dahagakan kemesraan. Bagi saya itu adalah “paksaan”…
AKU : Ikut hukum syarak itu bukan paksa. Kalau macam tu isteri memenag berdosa besar.
WOMEN : Salahkah kalau suami hanya mampu berikan keperluan tapi tak dapat berikan kemewahan ?
WOMEN : Tengah sibuk ke…lom jawab ni ? Salahkah kalau suami hanya mampu berikan keperluan tapi tak dapat berikan kemewahan.Dan apakah mahkamah boleh berikan fasakh kepada isteri untuk kes begini ?
AKU : Amat salah kalau buat perangai macam tu.Kemewahan benda yang datang dan pergi. Hari ini mungkin miskin , esok lusa jadi senang siapa tahu ? Hari ini kaya raya, esok lusa jadi miskin banyak terjadi. Cuba tonton filem “In pursuit of Happyness” lakonan Will Smith, sebuah kisah benar. Cuba lihat bapak seorang &^%$#$%, dulu kaya sekarang miskin. Anak-anak tak mengaku bapak pulak tu.Merempat di pekan $#&%. Rasulullah lagi miskin tetapi hati Aishah tetap bersyukur. Saidina Ali lagi papa kedana tetapi Fatimah tidak pernah merungut. Pernah dia bersungut kepada nabi, nabi ajar bersabar dan sebut Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar. Sebab tu saya kata kena tengok kes.Apa pun perlakuan isteri seperti itu amat berdosa.
WOMEN : Alhamdulillah…lapang dada saya. Terima kasih untuk hari ini kerana sudi menjawab. Masih banyak soalan yang saya nak tanya . Harap tak jemu….Assalamualaikum.
AKU : Terima kasih kembali.Moga pendapat yang saya beri jadi manfaat dan ilmu yang berguna.Kalau miskin kerana suami pemalas nak mampus, tidur je, tahi judi, kaki botol, mat pet ada kes untuk tuntut fasakh dan hak wanita untuk hal itu.Tapi kalau miskin dalam keadaan dia tidak malas, ada kerja, bertanggung jawab, beriman, maka tiada sebab untuk minta cerai. Sabar dan banyakkan doa.Mula-mula hiduop dulu aku pun susah. Bergolok bergadai. Bertahun-tahun hidup susah. Namun langit tak selalu mendung. Bagi yang kaya sekarang, ingatlah langit pun tak selalu cerah. WalLahu A’lam.
WOMEN : Tmbh sikit, kalau kemiskinan suaminya disebabkan kerana berkorban untuk anak-anaknya . Contoh suami ada kerja tetap tetapi rezeki kurang.Dia tak dapat nak buat part time kerana tiada siapa menguruskan hal sekolah dan makan minum anaknya. Satu lagi dia berkorban dmi kerjaya isterinya. Dia terpaksa cuti supaya isterinya dapat bekerja dengan sempurna. Ini sudah menjejaskan pendapatan suami. Camner pulak kes ni?
AKU : Ini kira suami bagus le. Sepatutnya saling berkorban. Bersukur dam bersabarlah, “
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Al Baqarah : 214. Dapat suami macam ni pun tak bersyukur lagi ke ? Ada kes dapat suami baik tapi miskin dia minta cerai. Lepas tu kawin dengan orang kaya, mewah, tetapi suami jahat, kaki betina, kaki botol, suka main kaki tangan. Mana lebih derita ? WaLlahu A’lam.
WOMEN : Suami kerja kampung, gaji anggaran RM 1000. Isteri kerja kilang gaji RM 2500. Tolong bg pandangan.
WOMEN : Suami rasa rendah diri dan takutkan isteri terbeban dengan kerjayanya lalu tarik segala keistimewaan yang mengikut adat, seperti pakaian, makan minum dan lain-lain diuruskan sendiri. Wajarkan suami buat macam tu…?
AKU : Suami kena sediakan segalanya. Tapi tak salah isteri bersedekah kepada keluarga.. Khadijah janda korporat, kawin dengan gembala kambing. Khadijah berkorban harta untuk agama dan suami tercinta. Suami hargai dengan menjadi yang terbaik adanya. Ada contoh depan mata daripada sirah nabi mulia. Pelajarilah teladan ini. ”Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan KAUM KERABAT, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya). Al-Baqarah : 215. Bukankah suami juga kaum kerabat dan kalau miskin pula masuk dalam ORANG MISKIN> Dalam hidup berkeluarga perlu ada timbal balas, tolak ansur kerana KITA BERKONGSI SEGALANYA dari kepunyaan Allah. Saya doakan anda bersabar, teguh iman dan berbahagia. Amin.
KORBAN UNTUK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.
BOLEHKAH DIBUAT KORBAN UNTUK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.
Pendapa yang masyhur  dan dipandang muktamad dalam mazhab Syafe’i  ialah  tidak mengharuskan korban untuk simati melainkan dengan wasiat sebagaimana yang dinyatakan dalam Sabil al-Muhtadin, Syaikh Arsyad al-Banjari, Jil.2., m.s. 228 : Tiada harus lagi tiada memadai mengkorban orang yang mati dengan tiada wasiat daripadanya maka bersalahan dengan sedeqah bersalahan jikalau dengan wasiat maka yaitu harus.Demikian Sabil al-Muhtadin.
Demikian juga dalam Furu’ al-Masail, yang diterjemahkan oleh Syaikh Daud Fatani; Jil.1, m.s. 264-265; (Soalan); Bolehkah ia korbankan seorang bagi orang lain dengan tiada izinnya atau ia korbankan orang mati? (Maka jawabnya) Tiada boleh seorang mengkorbankan seorang lain samada orang hidup atau orang mati dengan tiada izinnya pada orang hidup dan tiada wasiatnya pada orang yang mati bersalahan jika ada izinnya atau ada wasiatnya maka sah inilah qawl yang muktamad khilaf bagi kata Ibn Al-Qattan katanya boleh. Demikian kitab Furu’ Al-Masail.
Juga dalam Matla’ al-Badrayn, Muhammad bin Ismail Daud fatani, h.82; Dan tiada sah pula diperbuat udhhiyyah bagi orang mati jika tiada ia wasiat dengan dia adapun apabila berwasiat dengan dia maka sah diperbuatkan udhiyyah baginya dan wajib atas  orang yang memperbuat udhiyyah bagi mayat dengan izinnya ia bersedekah dengan sekaliannya tiada bagi dirinya dan tiada pula bagi orang yang wajib atasnya nafkahnya.
Demikian dalam Mughni Al-Muhtaj Al-Syaikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini, Jil.4, h.390; Wala tadhhiyata ‘anil ghayri bi ghayri iznihi wala ‘an mayyitin in lam yusi biha. Walaupun ketika mensyarahkannya beliau ada menyebut adnya qil (pendapat) yang menyatakan sah korban untuk mayat walaupun tanpa wasiat berdasarkan hujah bahawa sedekah bermanfaat untuk mayat. Dalam kitab al-Majmu’, Imam Nawawi Jil. 8, hal.382. menyatakan qil atau pendapat tersebut antaranya ialah pendapat Abu al-Hasan al-Ibadi sebagaimana juga Ibn al-Qattan . Namun beliau (Nawawi) mememtik sebuah kitab mengatakan tidak sah korban untuk simati melainkan dengan wasiat dan hal ini yang dipandang qat’ie oleh Imam Ar-rafi’i dalam al-Mujarrad.
Hal ini berdasarkan firman Allah;
Al-Najm : 39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;
Hal ini dikeranakan korban itu memrlukan niat dan orang mati sudah tidak boleh berniat lagi kecuali dia berwasiat di mana wasiatnya itu adalah niat dan wajib ditunaikan sebagaimana nazar.
Inilah pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’i sebagimana difatwakan oleh Fatwa Negeri Kedah; “Mengikut pendapat yang muktamad tidak harus diperbuat korban untuk orang yang meninggal duniakecuali ada wasiat daripadanya”. dan fatwa negeri terengganu; “Jawatankuasa fatwa berpendapat mengenai amalan korban kepada simati adalah tidak diharuskan oleh syara’ kecuali apabila diwasiatkan oleh simati”.
WalLahu A’lam.
SYARAHAN PERDANA DR MOHD.SAID RAMADAN AL-BUTI
TARIKH : 29 NOVEMBER 2010
HARI    : ISNIN
MASA   : LEPAS MAGHRIB
TAJUK  : PEMBINAAN NEGARA MAJU ISLAM DALAM REALITI SEMASA.
TEMPAT: MASJID NEGERI SHAH ALAM
KHUTBAH TENTANG ZAKAT 1431
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ مِنْ تِلْكَ السُّبُلِ شَهْرَهُ شَهْرَ رَمَضَانَ ، شَهْرَ الصِّيَامِ وَ شَهْرَ الْقِيَامِ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ ، هُدًى لِلنَّاسِ ، وَ بَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ: فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، قال الله تعالى
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta beriman kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Sidang Jumaat sekalian, ingatlah, khutbah adalah salah satu daripada rukun Jumaat, justeru itu hendaklah kalian diam dan dengar, kerana berbicara ketika khutbah disampaikan, bermain-main ketika khutbah disyarahkan, akan menyebabkan hilangnya pahala Jumaat yang bererti kerugian buat kita yang akan mengadap Allah satu hari nanti.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadahan yang sangat dirindui ini, marilah kita menjadikan bulan yang penuh berkah ini bagi merebut pangkat ketaqwaan sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT. Pangkat yang paling mulia di kalangan manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat ke 13;
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,
Pangkat yang lebih tinggi daripada segala pangkat dan kedudukan yang ada di muka bumi ini, yang telah dapat dicapai oleh para sahabat, yang hanya dapat dicapai dengan kita sentiasa berusaha melaksanakan segala tuntutan aqidah dan iman melalui ketaatan kepada segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Sesungguhnya, ketaqwaan itu merupakan anak kunci syurga dan kunci kepada penilaian Allah SWT tentang kemuliaan umat manusia.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Bulan Ramadhan merupakan bulan kurniaan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW, mempunyai seribu satu kelebihan dan kemuliaan, dengan ganjaran-ganjaran pahala yang sangat besar, rahmat dan pengampunan Allah SWT serta pembebasan daripada api neraka, dengan syarat ibadah puasa yang dijalankan mengikut sebagaimana yang disyariatkan, tanpa meninggalkan solat fardhu, berpakaian menutup aurat, melaksanakan segala kewjipan agama, menjauhkan perkara yang diharamkan dan berusaha meminimumkan perkara yang lagha yakni sia-sia.
Padanya kita diperintahkan untuk mempertingkatkan amal ibadat, dengan solat-solat sunat seperti qiyam al-lail dan tadarus al-quran; memperbanyakkan sedekah, terutamanya kepada orang yang berbuka puasa, ahli keluarga, kaum kerabat, faqir miskin dan anak yatim; memperpanjangkan jeda diri dengan beriktikaf di masjid sepanjang sepuluh hari yang akhir dengan merenung dan menginsafi segala kelakuan dan perlakuan kita sepanjang tahun sebelumnya.
Kemuliaan bulan Ramadhan ini tidak akan sempurna dengan hanya ibadat puasa sahaja tanpa pembayaran zakat fitrah. Zakat fitrah diwajibkan kepada seluruh umat Islam bertujuan untuk menyucikan jiwa, membersihkan harta dan mengkuduskan ruhani selain menampung dan menutup sebarang kekurangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ingatlah, daripada segala harta benda yang kita peroleh sebagai rezeki daripada Allah, bukan semua menjadi milik mutlak kepada kita. Justeru itu, Islam telah mensyariatkan agar kita mengeluarkan sebahagian daripadanya dalam bentuk zakat, infaq, sedekah dan hadiah. Zakat adalah fardhu, yang termasuk salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam, lebih-lebih lagi zakat fitrah yang hanya boleh dibayar dalam bulan Ramadhan sahaja.
Janganlah berasa rugi, janganlah bakhil dan kedekut, bersikap tangkai jering, dalam melaksanakan perintah zakat ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat ke 39;
dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-orang Yang beroleh pahala berganda-ganda.
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)
Dalam hadith yang lain;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ أَتَاهُ اللَّهُ مَالا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعٌ أَقْرَعُ لَهُ زَبِيبَتَانِ ، فَيَأْخُذُ بِلِهْزِمَتِهِ ، وَيَقُولُ : أَنَا مَالُكَ ، أَنَا كَنْزُكَ “
Sesiapa yang diberikan harta oleh Allah, kemudian tidak mengeluarkan zakatnya akan dibentuk baginya harta itu berupa ular Syuja’ al-Aqra’ yang bersesungut dua lalu dikalungkan dilehernya pada hari qiamat kemudian mematuk-matuk pipinya kiri dan kanan sambil berkata; akulah hartamu, akulah timbunan kekayaanmu. HR Bukhari dll.
Allah SWT juga berfirman dalam surah Fussilat hujung ayat 6 dan ayat 7, yang menyamakan orang yang tidak membayar zakat dengan orang musyrik;
Kecelakaan besar (neraka wail)  bagi orang-orang Yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu Yang lain), Iaitu orang-orang Yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat”.
Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Riwayat Abu Daud).
Orang yang membayar zakat fitrah sebelum hari raya, maka ia adalah maqbul , diterima oleh Allah SWT. Orang yang melengahkan pembayarannya sehingga luput waktunya yakni setelah selesai solat sunat hari raya didirikan, maka dia adalah berdosa, dia adalah berdosa, wajib membayarnya sebagai qadha walaupun nilainya menjadi sedekah biasa sahaja.
Bukan sahaja zakat fitrah, zakat-zakat lain juga wajib dibayar apabila cukup haul dan nisabnya seperti zakat simpanan wang samada yang disimpan dalam bank, KWSP, koperasi dalam bentuk tunai , bon atau saham yang halal; emas dan perak termasuk yang dipakai melebihi kadar sepatutnya iaitu lebih daripada 800gm sebagaimana fatwa Jil.58 no.13 Negeri Selangor; zakat perniagaan yang menepati hukum syarak, bukan perniagaan yang haram ; zakat pertanian dan  haiwan ternakan; zakat pendapatan iaitu pendapatan dari pelbagai sumbar yang halal ; zakat harta karun serta hasil bumi termasuk bijh timah, petroleum dan bahan mineral lainnya sebagaimana pandangan beberapa ulama.
Mereka yang tidak membayar zakat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali menurut seksyen 21, Enakmen no 9, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Namun, menurut Enakmen Allah Ta’ala yang berkuat kuasa selepas mati, mereka akan dibelit dan dipatuk ular dan dimasukkan ke dalam api neraka.Wal’iyazubillahi min zalik.
Ingatlah, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. telah memerintahkan agar orang yang tidak membayar zakat ini untuk diperangi justeru keengganan mereka itu telah membawa mereka mengabaikan hak syahadah; la ilaha illah.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Al-Baqarah :183.
با رك الله لى ولكم بالقرأن العظيم , ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم , وتقبل منى ومنكم تلا وته انه هو السميع العليم. اقول قولى هذا واستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤ منات, فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى تَتِمُّ الصَّالِحَاتِ، و أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّابَعْدُ: فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، قال الله تعالى
$pkr’¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#qä9qè%ur Zwöqs% #YÏy ÇÐÉÈ   ôxÎ=óÁã öNä3s9 ö/ä3n=»yJôãr& öÏÿøótur öNä3s9 öNä3t/qçRè 3 `tBur ÆìÏÜã ©!$# ¼ã&s!qßuur ôs)sù y$sù #·öqsù $¸JÏàtã ÇÐÊÈ
Marilah kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Kita laksanakan segala suruhan dan titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Khutbah adalah salah satu daripada rukun daripada rukun-rukun Jumaat. Sehubungan dengan itu mendengar dan menghayati khutbah menentukan sahnya pahala Jumaat. Sesungguhnya berbicara ketika khutbah disampaikan walaupun dengan perkataan diam, membawa kepada lagha, yakni sia-sia pahala Jumaat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110,
öNçGZä. uöyz >p¨Bé& ôMy_Ì÷zé& Ä¨$¨Y=Ï9 tbrâßDù’s? Å$rã÷èyJø9$$Î/ cöqyg÷Ys?ur Ç`tã Ìx6ZßJø9$# tbqãZÏB÷sè?ur «!$$Î/ 3 öqs9ur ÆtB#uä ã@÷dr& É=»tGÅ6ø9$# tb%s3s9 #Zöyz Nßg©9 4 ãNßg÷ZÏiB cqãYÏB÷sßJø9$# ãNèdçsYò2r&ur tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÊÊÉÈ
Kamu adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara makruf dan melarang daripada Segala perkara Yang munkar, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab  itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
Di dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah SWT menggariskan ciri umat yang terbaik iaitulah umat yang mengerjakan amar ma’ruf menyuruh segala yang baik dan nahi munkar mencegah segala kemungkaran. Kewajipan amar makruf dan nahi munkar ini merupakan satu tanggung jawab seluruh umat Islam yang jika ianya tidak dilaksanakan maka tunggulah apa yang dinyatakan oleh baginda SAW dalam hadith riwayat At-Tirmizi yang bermaksud; “Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, hendaklah kamu menyuruh  kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak,  Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan”
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulallah SAW bersabda, mafhumnya; Tidaklah sesuatu kaum melakukan maksiat sedangkan terdapat di kalangan mereka orang-orang yang mulia dan mampu menegah serta mengubahnya tetapi mereka tidak menegah dan mengubah, nescaya Allah akan menimpakan azab secara menyeluruh kepada mereka.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Tanggung jawab mencegah kemungkaran dan maksiat merupakan satu kewajipan yang terbeban kepada semua orang yang beriman, bukan hanya kepada sipolan dan si anu, kepada pegawai itu dan ini, kepada ketua itu dan ini, kerana ianya sering disebut sebagai tanggung jawab ummah sebagaimana dalam firman-nya lagi,
Surah Ali Imran, ayat 104, mafhumnya,”dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
Sabda Rasulallah SAW dalam hadith riwayat Muslim,
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”
Berdasarkan hadith tersebut perbuatan munkar dan maksiat hendaklah dicegah dengan tiga pendekatan;
Pertama; Mencegah dengan tangan, bagi mereka yang memiliki dan memegang tampuk kekuasaan serta mereka yang mempunyai kekuatan dan keupayaan logistik dari semua peringkat.
Kedua ; Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran dan nasihat samada secara verbal iaitu lisan atau pun secara literatur iaitu tulisan mahupun melalui pelbagai alat sebaran am dan teknologi maklumat.
Ketiga ; Mencegah dengan hati, iaitu dengan merasa benci, jijik dan merasa sangat jelek dengan perbuatan munkar dan maksiat , tidak redha dengannya, menjauhkan diri daripadanya serta menolak dari menyokong dan mendukung sipelakunya selain tidak sekali-kali akan terlibat dengannya.
Ini adalah selemah-lemah iman, dengan maksud jika tidak ada langsung dalam hati kecilnya untuk rasa benci, rasa jijik dan jelek terhadap kemungkaran, maka tiadalah imannya. Wal’iyazubillahi min zalik.
Sidang Jumaat yang diurahmati Allah sekalian,
Jika ketiga-tiga mekanisme ini dapat kita padukan dan laksanakan sudah tentulah akan lahir masyarakat yang baik dan bersih dari segala gejala buruk dan keji yang mana ia merupakan kerja yang perlu dilakukan secara bersama dalam semua peringkat bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat hinggalah ke peringkat negara.
Seorang suami, seorang ayah, mempunyai kewajipan atas kuasanya sebagai seorang ketua keluarga untuk mencegah kemungkaran dan maksiat  terhadap anak-anak dan isteri-isterinya sebagaimana perintah Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6 agar kita memelihara diri dan kaum keluarga kita daripada api neraka. Inilah kaedah yang diajar oleh Islam, agar memulakannya dengan diri sendiri dan keluarganya terlebih dahulu.
Janganlah kita hanya menuding jari kepada orang lain apabila berleluasanya kemungkaran dan maksiat sedangkan dalam keluarga kita masih ada yang tidak menjalani kehidupan sebagaimana yang dituntut Islam. Isteri dan anak perempuan tidak menutup aurat, anak-anak bergaul bebas dengan yang bukan mahram, anak isteri yang tidak solat dan lain-lain yang dibiarkan sahaja tanpa adanya pencegahan daripada keluarga.
Pada masa yang sama, pihak berkaitan seperti pihak pemerintah, penguatkuasa-penguatkuasa undang-undang dan agama, pihak ketua-ketua jabatan, majikan-majikan dan semua yang memiliki kuasa dalam lingkungan mereka mempunyai kewajipan untuk mencegah sebarang bentuk kemungkaran.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Apakah yang dikatakan perbuatan mungkar dan maksiat itu ? Para ulama menggariskan mungkar itu ialah apa sahaja iktikad keyakinan, amal perbuatan dan ucapan yang bertentangan dengan hukum syarak. Setiap perbuatan mungkar adalah maksiat, iaitu kederhakaan kepada Allah SWT.
Kemungkaran yang paling besar sekali ialah syirik kepada Allah iaitu menyengutukan zat Allah, menyengutukan sifat Allah, menyengutukan nama-nama Allah, menyengutukan perbuatan Allah, menyengutukan hukum dan undang-undang Allah dan menyengutukan apa sahaja yang menjadi hak Allah.
Diantara perbuatan syirik termasuklah ilmu sihir, ilmu hitam, membela jenglot dan hantu toyol, melakukan upacara pada kubur dan keramat kerana hajat tertentu serta kepercayaan karut-marut, khurafat dan ajaran sesat-barat. Perbuatan syirik merupakan dosa besar yang tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT (Surah An-Nisa : 48) diharamkan sipelakunya masuk syurga dan akan masuk ke dalam neraka (Surah Al-Maidah : 72). terhapus segala pahala amalannya (Surah Azzumar : 65) dan pelbagai lagi ancaman daripada Allah SWT dan rasul-Nya SAW. Wal’iyazubillahi min zalik.
Di antara perbuatan mungkar yang boleh membinasakan negara ialah rasuah yang dianggap biasa dan tidak ada apa dalam dunia Islam walhal rasuah telah merugikan berbilion ringgit wang ummah. Amat malang dan malunya kita kononnya khaira ummah, umat yang terbaik, tetapi dalam 10 negara teratas yang hampir tiada rasuahnya dalam  Indeks Persepsi Rasuah CPI 2009, kesemuanya negara bukan Islam, manakala dalam 10 negara paling bawah, iaitu yang paling banyak rasuahnya 7 adalah negara umat Islam. Mengapa kita tidak merasa benci dengan rasuah, tidak memandang jijik dengan rasuah, tidak merasa jelek dengan perbuatan rasuah, duit rasuah, perasuah, pengamal rasuah, padahal itu adalah selemah-lemah iman dalam mencegah kemungkaran.
Selain itu, kezaliman sesama manusia dan haiwan, penyalah gunaan kuasa, mencuri harta dan keselamatan negara, membocorkan rahsia negara, menyeludup keluar pasir dan hasil mineral, pencerobohan terhadap hasil hutan dan pembalakan, pengedaran dadah, rumah urut dan pelacuran, penyebaran media lucah dan lagha, menabur fitnah dan adu domba di alam siber, komplot sorok dan penipuan pelaburan, semuanya adalah perbuatan mungkar dan maksiat besar yang perlu untuk dicegah secara bersama oleh semua pihak.
Demikian perbuatan-perbuatan mungkar dan maksiat lainnya yang berlaku di hadapan mata kita. Gejala shahwat dan pergaulan bebas berleluasa dalam masyarakat tidak kira tua apatah lagi yang muda seperti zina, rogol, bersekedudukan, khalwat dan pencabulan, minum arak dan penagihan dadah;  keruntuhan akhlak dan moral dengan pelbagai bentuk budaya mungkar seperti pengkid, gay, skinhead, black metal dan sebagainya; kehilangan tata susila murni dan akhlak mulia dengan budaya samseng, kurang ajar dan vandalisme.
Marilah kita sama-sama berganding bahu melaksanakan amanah Allah untuk menyeru perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran. Marilah kita sama-sama menyokong dan mendukung  pihak yang  berusaha membanteras kemungkaran dan maksiat dan kita ramai-ramai menolak pihak yang mengamalkan kemungkaran dan maksiat. Marilah kita rebut setiap ruang dan peluang yang ada untuk meninggikan dan memartabatkan hukum Allah di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita yang tercinta ini. Mudah-mudahan Allah menghindarkan kita daripada bala dan bencana.
A’uzubilLahi minasy-Syaitanir-Rajim;
úïÏ%©!$#ur #sÎ) (#qè=yèsù ºpt±Ås»sù ÷rr& (#þqßJn=sß öNæh|¡àÿRr& (#rãx.s ©!$# (#rãxÿøótGó$$sù öNÎgÎ/qçRäÏ9 `tBur ãÏÿøót UqçR%!$# wÎ) ª!$# öNs9ur (#rÅÇã 4n?tã $tB (#qè=yèsù öNèdur cqßJn=ôèt ÇÊÌÎÈ
Surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud;  dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ  وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ  قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.