HUKUM IMAM MENJADI MUAZZIN

Soalan:

Assalamualaikum w.b. Ustaz, oleh kerana bilal masjid bercuti dan bilal 2 kadang-kadang uzur, maka Imam yang ada pun azan menggantikan bilal yang tidak hadir kerana tiada orang lain yang hendak azan. Kemudian, beliau menjadi imam sedangkan qamat oleh orang lain. Maka bisinglah beberapa orang jemaah kerana mereka mengatakan makruh orang yang telah azan menjadi imam. Apakah hukum muazzin menjadi imam. Sekian, terima kasih.

( Soalan ini dijawab dalam kuliah subuh pagi Khamis )

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, juzuk 3 , hlm 80an, menukilkan;

Sebahagian ulama mengatakan makruh imam menjadi muazzin. Antaranya Syeikh Abu Muhammad al-Juwaini, Imam Al-Baghawi dan lain-lain. Mereka bersandar kepada hadis daripada Jabir r.a. bahawa nabi SAW diriwayatkan telah bersabda,

??? ?? ???? ?????? ??????

“ Telah dilarang imam menjadi muazzin “, riwayat al-Baihaqi tetapi beliau menyatakan hadis ini sangat dha’if, ) dan menurut ilmu hadis, hadis dha’if tidak boleh menjadi hujah atau nas dalam menentukan sesuatu hukum yang pasti, sebahagian ulamak hanya membolehkannya untuk fdha’il a’mal khususnya targhib dan tarhib, iaitu motivasi dan amaran.)

al-Qadhi Abu al-Tayyib menukilkan kata Abu Ali al-Tabari; yang afdal ialah menghimpunkan seseorang itu azan dan imamah supaya ia memperolehi kedua-dua fadhilat tersebut. Demikian diputuskan oleh pengarang kitab al-Hawi dan itu yang asah. Imam al-Rafi’i mengutip dari Ibnu Kajjin bahawa dia juga memustahabkan (menyukai ) menghimpunkan keduanya – azan dan imamah.

Imam Nawawi berkata; Jika tidak sabit menghimpunkan azan dan imamah itu dilarang, maka memakruhkannya adalah salah. Hasilnya terdapat dua pendapat dan yang sahihnya ialah ianya mustahab ( disukai ) . al-Qadhi Abu al-Tayyib menyebut pada awal sifat2 sembahyang seperti berikut; Salat itu belum berdiri sehingga selesai muazzin melakukan iaqamah. Telah ijma seluruh kaum muslimin harus muazzin menjadi imam dan mustahab yang demikian itu. Kata pengarang kitab al-Hawi ,pada tiap-tiap satu dari azan dan imamah ada keutamaan ( fadhilah ). Ada empat keadaan manusia dalam hal ini.

Orang yang dapat melakukan keduanya ( azan dan imamah ) dan memenuhi dirinya untuk keduanya. Yang afdhal menghimpunkan keduanya.
Orang yang lemah menjadi imam kerana kurang ilmunya, lemah bacaannya tetapi mampu melaungkan azan justeru nyaring suaranya dan mengetahui pula tentang waktu-waktu. Dalam hal ini, azan adalah labih utama untuknya.
Orang yang lemah dari melaungkan azan justeru suaranya lemah, tidak adapat jauh kedengaran, tetapi mampu menjadi imam lantaran alim dalam hukum-hakam solat serta baik bacaannya, maka paling afdhal baginya menjadi imam.
Orang yang mampu melakukan keduanya tetapi hanya baik untuk melakukan salah satu dan tidak mungkin menghimpunkanya, mana yang lebih afdhal ? Padanya ada dua wajah ( pendapat ) sebagaimana kata penyusun kitab ( Abu Ishaq al-Syirazi ); Jika berbantah satu jamaah mengenai azan dan mereka berebut-rebut , hendaklah diundi sahaja diantara mereka, ( masalahnya di K.Darat belum ada siapa sukarela nak tampil jadi muazzin, Nazir dah minta sesiapa tampil, sampai la ni tak ada, jadi tak payah undi ), sebagaimana sabda Rasulallah SAW; Jika manusia tahu apa yang ada pada azan dan saf paling awal kemudian mereka tidak dapati dirinya melainkan harus berundi, nescaya mereka kan berundi “ Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah. Dan katanya ( al-Syirazi ), jika berbantah dan diundi sekiranya masjid tersebut tidak terdapat muazzin / bilal rawatib ( tetap ), atau masjid itu ada bebeerapa muazzin tetapi mereka berebut2 nak mula dulu, atau masjid kecil dan suara-suara mereka akan kecoh, maka diundi dan seorang sahaja azan, jika ada bilal tetap dan orang berebut, didahulukan bilal tetap, dan jika sekumpulan bilal tetap masjid besar, azan mereka pada tempat masing-masing di sudut2 masjid ( zaman tak ada mikrofon ) dan jika masjid kecil, cukup seorang, wallahu a’lam.

Kesimpulannya ;

Terdapat dua pendapat tentang menghimpun azan dan imamah , yang satu makruh dan satu lagi mustahab. Yang mustahab nampak lebih asah. Mereka yang berpegang kepada pendapat makruh, maka makruhlah menghimpunkan azan dan iqamah, manakala yang mengatakan tidak, maka bolehlah menghimpun antara keduanya. Yang sebaiknya, mengikut keadaan. Wallahu a’lam.


About this entry