JATI DIRI MUSLIM

JATI DIRI MUSLIM

 

OLEH : RUMAIZI BIN AHMAD AL-MUSTAPHA

 

[ Isi bahan Forum Perdana di Institut Latihan Perindustrian, Kuala langat, 2005 anjuran Kolej Komuniti Kuala langat.]

 

 

Apakah kepentingan jatidiri Muslim ke arah kecemerlangan ?

 

 

Kalau kita merujuk kepada al-Quran, banyak ayat-ayat yang menggambarkan ciri-ciri orang yang berjaya yakni cemerlang. Apabila kita melihat ciri-ciri ini, ia menunjukkan sifat jatidiri seorang muslim. Antaranya yang digambarkan dalam surah al-mukminun;

 

1. Khusyuk dan memelihara solat.

2. Berpaling dari perkara sia-sia

3. Berzakat dan bersedekah (Tidak kedekut : AlHasyr 9)

4. Memelihara kehormatan dan maruah diri.

5. Memegang kukuh amanah dan tepati janji.

 

Dalam ayat lain

 

1. Membersihkan hati ( al-A’la:14,al-Syams:9)

2. Taqwa, tidak makan riba (A Imran:130)

3. Sabar ( Ali Imran:200)

4. Jihad pada jalan Allah (Al Maidah 35)

5. Menjauhi arak,judi,tenung nasib, berhala ( Al Maidah ;90)

6. Abdi diri dan buat baik (Al-Haj:77)

7. Syukur ( Al-A’raf 69)

8. Taubat ( Annur;31)

9. Amar makruf nahi munkar (Ali Imran 104)

 

 

Apakah keutamaan yang perlu diberi oleh masyarakat Islam kini (khususnya remaja ) sebagai keperluan bagi memperolehi kecemerlangan.

 

Allah berfirman;

????????? ??? ???? ? ???

Azzumar : 9

?? ???????????????? ???????????????? ???? ???

al-mujadalah :11

 

Tidak ada lain keutamaan pd zaman “ starving for knowledge and drowning in information” seperti mana kata John Naisbitt, melainkan Ilmu pengetahuan. Sebab itu mukjizat terbesar nabi Muhammad ialah al-Quran – kitab ilmu pengetahuan. Rata-rata generasi pada masa ini dalam dunia maju ialah ; “ young, wired, knowledgeable”. Dan ia tidak akan dapat dicapai melainkan dengan ilmu pengetahuan.

Apabila Sayidina Ali ditanya 10 soalan oleh 10 orang berbeza tentang kelebihan ilmu dan harta, baginda menjawab ilmu dengan 10 sebab yang berbeza; ilmu bertambah, dipandang mulia, memberi syafaat, tahan lama, ilmu memelihara, pusaka nabi,ilmu banyak kawan, ilmu tida pencuri, terang hati, ubudiyah.

Dalam kitab-kitab, ulama Islam biasanya akan menerangkan dahulu akan bab kelebihan ilmu pengetahuan menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Hal ini diakui oleh semua orang dari Timur hingga ke Barat. Seorang sarjana barat Franz Rosenthal mengarang buku “ The Triumphant of Knowledge “ atau keagungan ilmu pengetahuan. Keagungan Ilmu dikatakan sebagai cahaya Allah, sebagaimana kata Waki’ bin Jarrah kepada Imam Syafe’i.

Semua tamadun, hadharah, yang terbina dari sejak tamadaun Minoan di Crete hingga ke tamadun Rumawi , tamadun Islam dan kini tamadun sekular, dibina atas dasar ilmu pengetahuan. Kerana itu perkara yang perlu diberi keutamaan adalah ilmu pengetahuan. Imam Syafe’i pernah ditegur oleh jurutulis Abdillah Az-Zabiri kerana menghabiskan masa berdendang dan bernyanyi daripada menuntut ilmu, sehingga menjadikan Imam Syaf’ei manusia brilliant dan cemerlang.

Oleh kerana itu, keutamaan yang perlu diberi ialah;

1. Menuntut ilmu bersungguh-sungguh sepanjang hayat.

2. Menjadikan membaca sebagai budaya hidup

 

 


About this entry