KATA ANA NAHNU DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum,
saya ada dua soalan yang hendak ditujukan kepada ustaz:
1)SAYA PERNAH TERBACA SATU ARTIKEL TENTANG SEORANG KRISTIAN YANG TELAH MENYOAL TENTANG KEKELIRUAN YANG BELIAU DAPATI DALAM AL-QURAN.SOALAN BELIAU ADALAH KENAPA ALLAH MENGGUNAKAN PERKATAAN ‘NAHNU’ DIDALAM AYAT AL-QURAN? SEDANGKAN KITA JUGA TAHU BAHAWA ALLAH ITU SATU(ESA) DAN ‘NAHNU’ ITU BERMAKSUD RAMAI.

2)SOLAN KEDUA PULA IALAH,KENAPA ALLAH MENERANGKAN DIDALAM AYATNYA BAHAWA DIA MENJADIKAN MANUSIA DENGAN PELBAGAI JENIS TANAH? BOLEHKAH USTAZ MENERANGKAN MAKSUD TANAH YANG PELBAGAI TERSEBUT.
SAYA HARAP USTAZ BOLEH MEMBERIKAN KEPADA SAYA JAWAPAN YANG LEBIH JELAS.SEKIAN………WASSALAM.

1) al-Quran yang suci adalah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad dan Bahasa Arab adalah bahasa ibunda baginda SAW. Bahasa Arab mempunyai nilai kesusateraan yang tinggi, merangkumi di dalamnya ilmu nahu, saraf , balaghah, badi’, bayan dan sebagainya. Allah menyatakan;
“ Sesungguhnya al-Quran diturunkan oleh Tuhan Semesta Alam. Diturunkan oleh ruh suci ( Jibril ). Ke dalam hati engkau ( Muhammad ) supaya engkau memberikan peringatan. Dengan bahasa Arab yang jelas.” As-Syu’ara : 192 – 195.
Adalah menjadi kebiasaan bagi penutur Bahasa Arab, mereka membahasakan diri ‘Ana’ ( saya ) untuk kata gantinama diri tunggal dan ‘nahnu’ (kami / kita )untuk kata gantinama diri jamak. Walau bagaimanapun, mereka juga boleh menggunakan kata ‘nahnu’ sebagai kata gantinama diri tunggal sebagai menunjukkan sanjungan–diri (besar diri, bangga, sombong, takbur ).Biasanya ia diguna oleh ketua qabilah atau para bangsawan atau orang yang hendak menunjukkan dirinya besar.
Kalau kita melihat penggunaan kata aku dan kami/kita, dalam sesetengah peradaban menunjukkan status sosial yang berbeza. Biasanya rakyat biasa menggunakan aku merujuk kepada diri sebaliknya para Raja-raja dan bangsawan menggunakan kita merujuk kepada diri. Ini sebagai tanda kebesaran. Walau pun dalam bahas Melayu raja-raja menggunakan ‘beta’ merujuk kepada diri tunggal, ada juga raja Melayu yang menggunakan ‘kita’ merujuk kepada diri tunggal.Ini semua menunjukkan kepada kebesaran diri.
Allah adalah Maha Besar, Maha Raja Segala Raja, Maha Bangsawan Segala Bangsawan, maka tentulah Allah lebih Maha Berhak menggunakan kata ‘ kita’ (nahnu) untuk menunjukkan kebesaran dan keagungan-Nya. Jika Dia menggunakan ‘ana’ dalam beberapa tempat pula, itu juga menunjukkan kebesaran, kekuasaan dan keagungan Allah. Suka hati Allahlah nak guna ‘ana’ atau ‘nahnu’ kerana dia adalah Raja segala Raja, sebagaimana Raja-raja sendiri kadang-kadang menggunakan ‘beta’, ‘kita’, dan di tempat lain menggunakan pula kata ‘ hamba’, ‘saya’. Ia bukan menunjukkan raja itu majmuk, tetapi itulah kebesaran raja-raja. Lenggok bahasa raja dan orang awam adalah berbeza sama sekali.
Setelah kita mengetahui kedudukan Allah sebagai Raja bagi segala Raja, maka fahamlah kita mengapa Allah guna ‘ana’ dan ‘nahnu’ dan tidak timbul soal ia mengelirukan bahawa Allah itu Maha Tunggal kerana soal penggunaan bahasa yang satu ini.

Firman Allah;
“ Sesungguh telah Kami turunkan peringatan ( al-Quran) dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya.” al-Hijr:9

“ Katakanlah; Dialah Allah Tuhan Yang Maha Tunggal” al-Ikhlas:1.

Banyak lagi ayat-ayat yang Allah nyatakan secara eksplisit bahawa di adalah Tunggal dan tiada pula ayat-ayat yang Allah nyatakan secara implisit atau eksplisit bahawa Dia tidak tunggal.

Sedangkan dalam Bible secara eksplisit dinyatakan;

Whosoever believeth that Jesus is the Christ is born of God: and every one that loveth him that begat loveth him also that is begotten of him. ( I John 5:1 ) dll.

2) Ada banyak riwayat yang menyatakan tentang pelbagai jenis tanah itu, dan setiap riwayat pula berbeza-beza akan ambilan tanah tersebut menunujukkan ada riwayat tersebut yang dhaif dan palsu. Apa yang penting, kita beriman kepada ayat yang menyatakan Adam dijadikan dari pelbagai jenis tanah dan tanah itu dari bumi.

WalLahu A’lam.

 


About this entry