KESETARAAN GENDER ????

OLEH : RUMAIZI

 

“Kesetaraan Gender dalam Islam” atau “Emansipasi Islam”, suatu metos yang tertetas dari telur sekularisme Barat yang cuba diwar-warkan oleh para pendakwa diri pejuang hak wanita dengan cuba merevisi semula pandangan fiqih yang tleh berlangsung berabad lamanya tanpa sebarang masalah. Masalahnya timbul apabila para pejuang ini rabun matanya, lalu memakai kaca mata atau kanta sesentuh yang bervisikan Barat yang sekuler. Dan masalah ini sebenarnya membarah kepada semua persoalan agama Islam tanpa kecuali, sehingga ibadat yang secara qat’ie pun hendak dinilai semula. Sebenarnya, tiada diskriminasi gender dalam Islam, yang kalaupun terwujud, merupakan manifestasi adat setempat. Maka kenapa Fiqih yang harus dipersalahkan ? Seolah-olah fiqih yang telah berdiri tanpa masalah sebelum kebangkitan sekulerisme itu satu produk patriaki semata-mata dengan memperbodohkan secara tersirat para ulama silam yang genius bukan kepalang, sebagai para patriakis ekstrim yang tidak faham al-Quran dan al-Sunnah, menafsir al-Quran dan al-Sunnah secara berat sebelah dan lagi, dan lagi. Kalaupun wanita itu dari bahagian tulang rusuk, apakah itu terlihat satu penghinaan ? Atau diskriminasi ? Umpama amoeba yang memisahkan diri, adakah amoeba yang terpisah itu tidak sama ? Inilah keunikan dan kebijaksanaan Allah SWT yang tidak ada manusia mana pun bakal faham fikiran Allah justeru tiada sesiapa pun pernah berdialog dan berwacana dengan Allah. Pokok pangkalnya hanya satu, “Sami’na Wa Ato’na”. Justeru itu tidak perlu ditinjau-tinjau secara membeber-beber akan kebijaksanaan Allah itu. Mengapa satu lelaki dua wanita dalam saksi ? Mengapa lelaki lebih dalam faraid wanita pula kurang ? Mengapa wanita perlu berkerubung ? Mengapa lelaki memiliki kuasa talak ? Semuanya jelas secara qat’i yang menuntut ketaatan total tanpa ulah. Tidak pula mereka persoal ( mungkin belum ) mengapa hak hadanah asalnya milik perempuan ? Mengapa mahar milik perempuan ? Mengapa perempuan ada hak tidak perlu solat ? Mungkin kerena ia menguntungkan wanita. Jadi, apa yang menjadi keterbukuan dalam hati sebenarnya ? Keuntungan !!! Oleh kerana kapitalisme adalah saudara kandungnya sekulerisme, maka keuntunganlah yang dicari selama ini. Keuntungan tanpa mempedulikan fitrah dan kejadian semula jadi. Keuntungan yang menafikan realiti. Lalu semuanya harus dipersalahkan untuk meraih keuntungan. Untuk siapa ? WANITA !!! Jika semua lelaki tunduk di bawah kangkang wanita, itulah dia kesetaraan gender. Kerana itu ada pejuang emansipasi yang tidak berkahwin kerana pasti tidak akan dapat ketemu pasangan lelakinya yang bodoh bendul tetapi dapat menaikkan martabat dan statusnya. Siapa itu ? Si polan atau si polanah yang berlakikan atau berbinikan orang bodoh….. Samada lelaki atau perempuan, berkahwin dengan orang bodoh adalah merendahkan martabat. Berkahwin dengan orang waras ? Tidak mungkin, justeru orang waras bisa kontra kepada perhitungan keuntungannya. Tidak ada riwayat yang menyatakan betapa Aisyah isteri baginda ternafi haknya kerana berlakikan Rasulallah. Oh…itu Nabi, pembela hak wanita.Yakah ? Mengapa Nabi menyuruh Abu Bakar jadi Imam bila baginda gering ? Kenapa bukan Aisyah? Bukankah dia wanita mulia yang hanya tersentuh tangan mulia Nabi ? Baiklah, tiada siapapun sepanjang sejarah, ulama wanita yang merasakan hak mereka ternafi dengan mengikuti Fiqih Patriaki yang mereka tuduhkan itu. Ia hanya muncul setelah Barat menguasai dunia. Jadi ? Kesetaraan gender hanyalah permainan falsafah dan pemikiran Barat yang kafir lalu memunafikkan para pejuang hak wanita Islam. Bodohkah Aisyah kerana tidak menjadi Imam kepada jamaah lelaki dan perempuan, sedangkan beliau adalah semulia wanita. Rugilah para sahabat kerana tidak berimamkan orang mulia sedangkan Fiqih mendahulukan orang yang paling mulia untuk menjadi Imam. Siapa lagi yang lebih mulia dari isteri nabi ? Aminah Wadud ????? Fikirkanlah. Nanti suatu masa mereka akan menuntut pula jawatan Nabi kerana , selagi tiada Nabi Wanita, selama itu wahyu akan memihak kepada lelaki ??? Akhirnya, Jibril pun akan diperiksa jantinanya, lelaki atau perempuan ? Sah, Jibril juga patriakis kerana menurunkan wahyu yang bernuansakan patriaki. Penyelesaiaannya ? Untuk adil, serahkan penafsiran al-Quran, al-Sunnah dan Fiqih baru kepada pondan. Nescaya tidak patriakis dan tidak pula feminis. Kerana tafsir al-Quran Aminah Wadud juga tidak adil – condong kepada Feminis. Maka kesetaraan gender apa yang akan berlaku bila masing-masing patriakis, feminis ? WalLahu A’lam.

 

 


About this entry