KHUTBAH GERHANA MATAHARI

Khutbah ini disampaikan ketika berlakunya gerhana matahari pada 26 Januari 2009 Jam 5.10 petang.

??U„?-U…?? U„U„U‡ ?Œ U†?-U…??U‡ UˆU†??????UŠU†U‡ UˆU†??????U ??U‡ ?Œ UˆU†??Uˆ?? ????U„U„U‡ U…U† ?’??Uˆ?? ?#U†U ??U†?? UˆU…U† ??UŠ?|???? ?#??U…??U„U†?? ?Œ U…U† UŠU‡??U‡ ??U„U„U‡ U U„?? U…??U„ U„U‡ ?Œ UˆU…U† UŠ??U„U„ U U„?? U‡????UŠ U„U‡ ?Œ Uˆ?#?’U‡?? ?#U† U„?? ?YU„U‡ ?YU„?? ??U„U„U‡ Uˆ?-??U‡ U„?? ?’??UŠUƒ U„U‡ ?Œ Uˆ?#?’U‡?? ?#U† U…?-U…??U‹?? ??????U‡ Uˆ????UˆU„U‡ ?Œ ??U„U‰ ??U„U„U‡ ??U„UŠU‡ Uˆ??U„U‰ ??U„U‡ Uˆ?#???-????U‡ UˆU…U† ??????U‡U… ???Y?-????U† ?YU„U‰ UŠUˆU… ??U„??UŠU† . ?#U…?? ??????  U UŠ?????????? ??U„U„U‡, ?#Uˆ??UŠUƒU… Uˆ?YUŠ??UŠ ?#UˆU„?? ????U‚UˆU‰ ??U„U„U‡ UƒU…?? ??U…????U„U„U‡ U UŠ Uƒ??????U‡ ??U„????UŠ?? :

 

Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat – benar (dalam Segala perkara), al-Ahzab : 70.

 

Sidang jamaah sekalian,

 

Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan meninggalkan segala larangannya dan melaksanakan segala perintahnya. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah orang-orang yang berjaya.

 

Firman Allah SWT,

 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; Ali Imran : 190

 

Sabda rasulallah SAW dalam hadis riwayat Imam Muslim; – Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda kebesaran Allah, tidak gerhana keduanya kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya.

 

Marilah sama-sama kita insafi, betapa kerdilnya kita di hadapan Allah SWT, dengan peringatan yang Allah berikan dalam bentuk ayat al-manzurah, tanda-tanda kekuasaan-Nya yang terlihat sebagaimana fenomena gerhana mentari yang sedang berlangsung ini.

 

Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian,

 

Ketika mula-mula alam ini tercipta, Allah SWT telah memberikan perintah kepada langit dan bumi serta segala isinya agar tunduk dan patuh kepada perintah Alah samada dengan taat atau terpaksa.

 

kemudian ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa debu-debu kosmos; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada Dengan sukarela atau Dengan paksa!” keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh Dengan sukarela”- Fussilat : 11.

 

Makhluk Allah yang bernama langit  dan bumi termasuk bintang-bintang, planet dan bulan, yang lebih besar dan perkasa daripada manusia, mengaku tunduk kepada Allah SWT, dengan penuh kerelaan. Betapakah kita manusia ini, yang kerdil, yang serba lemah, yang pendek umurnya daripada bumi, yang bakal masuk ke perut bumi, menjadi makhluk yang paling sombong dan bongkak, yang enggan mematuhi undang-undang dan peraturan, sunnatuLlah dan sunnatu-rasulullah saw. Benarlah apa yang dikatakan tentang makhluk yang satu ini,

 

Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan jahil, yakni suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan. Al-Ahzab : 72.

 

Justeru itu, sidang jamaah yang dirahmati Alah sekalian, marilah kita sama-sama merenungi diri kita, merafakkan rasa insaf dan kesal kita, atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini, mengangkat tangan menadah ke hadirat Ilahi, agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, dosa kedua ibu bapa kita, dosa anak isteri kita, dosa kaum kerabat dan sahabat handai kita, serta dosa seluruh kaum muslimin an mukminin. Marilah kita semua kembali semula kepada sunnatuLlah, dengan menyokong dan mendokong perjuangan memartabatkan hukum Allah dan meletakkan syariat dan peraturan Allah pada tempat yang sewajarnya.

 

Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian,

 

Sempena dengan fenomena gerhana ini juga, marilah kita renung semula pencapaian yang telah dicapai oleh umat Islam. Sejak lebih 40 tahun yang lalu, orang barat yang kafir, telah mendahului umat Islam dalam penerokaan angkasa lepas. Alangkah malunya kita, sedangkan kita adalah umat yang terbaik, yang pernah membina tamadun agung dunia, yang memberikan pencerahan kepada Eropah, umat yang diberitahu oleh Allah SWT,

 

Tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Luqman : 20

 

Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamu menembus keluar. kamu tidak akan menembus keluar melainkan Dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; Masakan dapat)!Al-Rahman :  33.

 

Sidang jamaah sekalian,

 

Sesungguhnya pencapaian umat Barat dalam teknologi angkasa lepas, adalah kerana pencapaian ilmu pengetahuan mereka. Tanpa ilmu pengetahuan, mereka tidak akan dapat mencipta kenderaan yang dapat membawa mereka ke atas, bahkan ke bulan, dan sekarang ini objek kenderaan angkasa mereka New Horizon yang dilancarkan pada 19 Januari 2006 sedang bergerak untuk menghampiri planet Pluto, yang paling jauh daripada daripada bumi dalam sistem solar ini. Orang Russia , Amerika dan kemudian Eropah berlumba-lumba untuk menakluki angkasa lepas sedangkan umat Islam masih tidur bercakaran, sibuk membahaskan perkara bid’ah atau tidak, mengkafir dan menyesatkan sesama sendiri,  ketika umat lain teruja membahaskan boleh atau tidak manusia hidup di bumi Marikh. Dan akhir-akhir ini, China telahpun menghantarkan manusia pertama mereka yang digelar taikonout ke ruang angkasa lepas. India yang hindu juga telah melancarkan roket mereka Chandrayaan atau kenderaan bulan ke angkasa lepas. Tidakkah umat Islam merasa malu tertinggal di belakang mereka ? Alhamdulillah, dengan berkat doa para ulama dan hasil kecintaan kepada ilmu, akhirnya, umat Islam berjaya juga melancarkan roket mereka yang pertama iaitu Safir, buatan umat Islam Iran, ke angkasa lepas pada 17 Ogos 2008 yang dijangka akan membawa satelit mereka Safir 313.

 

Justeru itu, jadikan gerhana matahari pada hari ini sebagai titik tolak untuk menggalakkan diri kita, keluarga kita, anak cucu kita untuk tidak lagi membuang masa melepak tidak tentu hala, merempit tanpa tujuan, tetapi menyuburkan budaya menuntut ilmu, menambahkan pengetahuan, agar kita tida lagi dibuli oleh orang-orang kafir.

 

A’uzubiLlahi minasSyaitan nirrajim,

 

Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. 11. Al-Mujadilah : 11

 

 

 

?????? Uƒ ??U„U„U‡ U„U‰ UˆU„UƒU€U€U… U U‰ ??U„U‚U€U€?? ??U† ??U„????UŠU€U…. UˆU†U ??U†U‰ Uˆ??UŠU‘??UƒU€U… ??U…?? U UŠU‡ U…U† ?? U„??UŠ???? Uˆ??U„??U‘Uƒ?? ??U„?-UƒUŠU… Uˆ?#??????U ?? Uˆ?? ??U„U„U‡ ??U„????UŠU€U€U… U„U‰ UˆU„UƒU… UˆU„?????|?? ??U„U…??U„U…UŠU†. U UŠ?? U Uˆ?? ??U„U…??????U ?? UŠU† Uˆ????U†?????? ??U„??U‘???|??UŠU†

 

 


About this entry