SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Andainya Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi menurut perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban membantuk anakku agar menurut perintah Tuhan,
Andainya Ismail sanggup mengorbankan diri demi mematuhi ayahnya menurut perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban demi mematuhi ayahku mahukan aku menurut perintah Tuhan,
Andainya Khadijah sanggup mengorbankan hartanya demi menegakkan perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban menginfakkan hartakun demi perintah Tuhan,
Andainya Fatimah sanggup mengorbankan dirinya demi mematuhi ayahnya menerima cinta Ali atas perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keinginanku demi cintaku pada isteri atas takdir jodoh Tuhan,
Andainya Umar sanggup mengorbankan anaknya demi menegakkan keadilan siyasah Islam atas perintah Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan pemikiran sempitku demi menegakkan keadilan siyasah negara atas perintah Tuhan,
Andainya Hasan sanggup mengorbankan jawatan khilafahnya demi menegakkan persaudaraan Islam kerana keredaan Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keegoanku demi menegakkan silaturrahmi antara kita kerana keredaan Tuhan,
Andainya Hussein sanggup mengorbankan jiwa dan kepalanya di Karbala demi menentang kezaliman tirani menyahut seruan Tuhan,
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan masa dan ruang waktuku demi menentang kezaliman siapa sahaja justeru seruan Tuhan,
Andainya kambing menjadi korban sebagai pertaruhan galang ganti Ismail sebagai peabdian suci kepada Tuhan.
aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan harta membeli kambing atau lembu untuk dibuat korban saban tahun adanya….

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA TEMAN SAHABAT HANDAI KAUM KERABAT YANG KENAL YANG TIDAK KENAL YANG SUKA YANG TIDAK SUKA YANG KECIL HATI YANG BESAR HATI YANG MENYAMPAH YANG MENYENANGI YANG MENGUTUK YANG MEMUJI….SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI KALIAN MOHON MAAF ANDAI TIDAK DAPAT KUSEBUTKAN SATU-SATU NAMA KALIAN DALAM DOAKU NAMUN KALIAN TETAP DALAM DOAKU KEPADA TUHAN KERANA KALIAN ADALAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADANYA.

Dari aku, kami dan sekjeluarga;
RUMAIZI BIN AHMAD


About this entry