PERMOHONAN SEORANG INSAN

Tuhan,
Benarkan aku makan
Sekadar sebungkus keampunan
Agar aku tidak kempunan

Tuhan,
Izinkan aku berjalan
Meniti sirat-al-mustaqim
Agar aku tidak menjunam
Menuju neraka jahanam

Tuhan,
Sudikan aku menjadi tamu-Mu
Duduk di hadapan hidangan
Yang tidak pernah kubayangkan

Tuhan,
Larangkan aku menari
Di khayal ciptaan insani
Yang tak pernah kau redhai

Tuhan,
Inilah permohonanku seorang insan
Yang sedang meraba halaman
Syurga kudus di sempadan

c- 1984 – MALA MULKU ADZIEM
[Salah satu nama pena RUMAIZI semasa zaman sekolah di SMKA Maahad Hamidiah ]


About this entry