KHUTBAH GERHANA BULAN

Imam Rumaizi Ahmad

إِنَّ الْحَمْدَ لِلهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ: فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، قال الله تعالى
يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون
Sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, mudah-mudahan dengan kejadian fenomena alam ciptaan Allah ini akan menambahkan rasa gerun dan takut kita kepada Allah dengan kembali kepada ajaran-Nya dan ajaran Rasul-Nya SAW.
Sidang jemaah sekalian,
Firman allah s.w.t didalam surah Ali-Imran ayat 190:
إن في خلق السماوات والأرض واختلاف الليل والنهار لآيات لأولي الألباب
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat allah) bagi orang yang berakal”.
Fenomena gerhana adalah fitrah kepada alam ciptaan Tuhan, suatu manifestasi ketundukan makhluk kepada peraturan yang telah ditetapkan untuk mereka. Bulan sentiasa berputar di atas orbitnya yang ditentukan oleh Allah, demikian matahari yang tanpa bantahan dan dengan penuh ketaatan berputar menurut paksinya sendiri. Cubalah kita bayangkan andaikata bulan dan matahari ini engkar kepada peraturan yang telah ditetapkan untuknya, nescaya akan terjadi huru-hara kepada alam semesta. Bulan akan berlaga dengan matahari, masa dan ruang akan bercelaru, malapetaka yang dahsyat pasti akan berlaku kepada hidupan di alam ini.
Demikianlah dengan manusia yang sepatutnya menjadikan peraturan Allah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulallah SAW sebagai pedoman kepada kehidupan. Akibat manusia tidak mengendahkan peraturan Allah inilah menyebabkan kehidupan manusia menjadi huru-hara, masyarakat menjadi rosak, manakala umat menjadi hina. Sejarah telah membuktikan, umat Islam menjadi umat yang agung, menguasai 2/3 dunia, menyuburkan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi ketika mereka menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dan menjunjung tinggi syariat Allah.
Sebaliknya, apabila umat Islam mula meninggalkan peraturan Allah, meninggalkan ajaran Islam sedikit demi sedikit, bermula daripada runtuhnya sistem Khilafah Islamiyah, kepada rombakan terhadap hukum-hakam jinayah dan muamalat, meminggirkan ajaran akhlak dan moral kerana dianggap mengongkong kehidupan dan hak asasi manusia sehingga akhirnya menganggap ringan ibadat-ibadat fardu, maka kita melihat umat Islam kini menjadi umat yang hina dina, ditindas, dijajah fikiran dan jiwanya sehingga terpaksa menjadikan kuasa kuffar sebagai tempat pergantungan dan perhitungan.

Sidang jemaah yang dikasihi sekalian,

Kemuliaan umat bukan sekadar dengan harta kekayaan, kerana manusia yang paling kaya di dunia adalah manusia Islam. Kemuliaan umat juga bukan sekadar pembangunan material semata-mata, kerana wilayah yang paling membangun dengan binaan tercanggih ialah wilayah Islam, tetapi kemuliaan umat ini adalah dengan Islam , dengan taqwa sesuai dengan firman Allah SWT;

يا أيها الناس إنّا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوباً وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير ) الحجرات/13

Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berbagai etnik untuk saling berkenalan, bertaaruf, sesungguhnya mereka yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling taqwa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha dalam pengetahuannya.
Sidang jemaah sekalian,

Fenomena gerhana adalah tanda kekuasaan Allah, tiada kena mengena dengan perkara khurafat dan dongengan manusia.

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. dari Rasulullah saw, bahwa beliau bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, akan tetapi keduanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kalian melihatnya, maka kerjakanlah shalat (gerhana),” (HR Bukhari [1042 dan 3201] dan Muslim [914]).

Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a, ia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, ‘Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua dari banyak sekali tanda-tanda kebesaran Allah, tidaklah keduanya gerhana karena kematian dan kelahiran seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka berdzikirlah mengingat Allah’,” (HR Bukhari [1052] dan Muslim [907]).

Apabila ia dikatakan sebagai tanda kekuasaan Allah, mengapa kita tidak merasa gerun kepada-Nya? Mengapa dalam keadaan Allah menunjukkan tanda-tanda kekuasaan-Nya ini ada manusia yang sedang menggila keseronokan duniawinya menyambut tahun baru Masehi, tahun baru Gregorian yang berasal dari dunia nasara dengan kemaksiatan melampau seolah-oleh Tuhan itu tiada. Wal ’iyazubillah.

Justeru itu, marilah kita sama-sama memohon doa kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita, menghindarkan kita dan anak cucu kita daripada kehidupan lagha dan maksiat, melepaskan daripada azab dunia dan akhirat, mudah-mudahan kita menjadi manusia yang bertaqwa.

A’uzubillahi minasysyaitanirrajim,

وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (1) وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا (2) وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا (3) وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا (4) وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا (5) وَالأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا (6

با رك الله لى ولكم بالقرأن العظيم , ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم , وتقبل منى ومنكم تلا وته انه هو السميع العليم. اقول قولى هذا واستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤ منات, فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.
Khutbah kedua

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى تَتِمُّ الصَّالِحَاتِ , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
قال الله تعالى : وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَر وَلا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ, اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ, اللّهُمَّ اجْعَلْنَا فِى هَذَا الوقتِ المُبَارَكِ مِنَ السُّعَدَاءِ المَقْبُوْلِيْنَ وَ لاَ تَجْعَلْنَا اللّهُمَّ مِنَ الأَشْقِيَاءِ المَرْدُوْدِيْنَ, اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ


About this entry