KHUTBAH JUMAAT ; ISLAM DAN TOLERANSI AGAMA

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ   قال الله تعالى   اعوذبالله من الشيطان الرجيم

$pkš‰r’¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#qä9qè%ur Zwöqs% #Y‰ƒÏ‰y™ ÇÐÉÈ   ôxÎ=óÁムöNä3s9 ö/ä3n=»yJôãr& öÏÿøótƒur öNä3s9 öNä3t/qçRèŒ 3 `tBur ÆìÏÜム©!$# ¼ã&s!qߙu‘ur ô‰s)sù y—$sù #·—öqsù $¸JŠÏàtã ÇÐÊÈ

Marilah kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Kita laksanakan segala suruhan dan titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita mendukung dan menyokong mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat-Nya dan kita hindarkan diri daripada mereka yang menentang hukum-hakam-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Allah SWT berfirman dalam al-Quran,

$pkš‰r’¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu‘$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& y‰YÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat : 13.

Adalah suatu hakikat dan realiti, bahawa manusia dijadikan dengan pelbagai rupa bangsa, menganut pelbagai fahaman dan aqidah, mempunyai pelbagai kepercayaan dan agama. Ada yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman, ada yang kafir dan kufur dengan sedahsyat-dahsyat kekufuran sehingga menafikan kewujudan Tuhan. Kesemuanya ini dijadikan sebagai warna-warni kehidupan untuk kita saling kenal-mengenal, mewujudkan keharmonian dan saling hormat-menghormati. Mengapa tidak Allah SWT menjadikan mereka itru semuanya satu ?

öqs9ur uä!$x© y7•/u‘ Ÿ@yèpgm: }¨$¨Z9$# Zp¨Bé& Zoy‰Ïnºur ( Ÿwur tbqä9#t“tƒ šúüÏÿÎ=tGøƒèC ÇÊÊÑÈ

dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Hud : 118.

Sidang Jumaat yang bijaksana,

Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia, agama yang syumul dan lengkap, mengajarkan kepada kita bagaimana untuk berinteraksi dengan orang bukan Islam. Toleransi beragama dalam Islam bukan omong kosong. Ia telah terbukti melalui lembaran sejarah. Sejak dari kelahiran negara Islam pertama di Madinah Al-Munawwarah, sehinggalah kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki pada awal abad ke 20, kita telah menyaksikan pelbagai jenis ragam manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama pernah hidup aman dan harmoni di bawah naungan pemerintahan Islam.

Ketika Islam tiba di Mesir di zaman Saidina Umar yang terkenal watak keras dan kasarnya, tidak ada satu pun piramid pun yang dirobohkan, bahkan rumah berhala Abu Simbel dan patung singa Sphinx di Giza dibiarkan sahaja sehingga warisan sejarah kufurnya dapat kita saksikan dan teladani pada hari ini. Inilah bukti sejarah, yang antara lain mencatatkan betapa orang kafir Yahudi di Andalus lebih rela hidup di bawah pemerintahan Islam Qurtubah atau Cordova daripada merana di bawah cengkaman pemerintahan kafir Visigoth.

Kerana apa ? Kerana pemerintahan berasaskan Islam merupakan pemerintahan yang cukup adil, bertoleransi teposeliro dan memberikan perlindungan kepada ahli zimmah dan memberikan hak kepada yang berhak.

Dalam  kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, al-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, ada mencatatkan bagaimana ketika Khalifah Umar masuk ke bumi Al-Quds bertemu dengan pemimpin agama Nasrani di dalam sebuah gereja mereka dan apabila tiba waktu solat, Umar telah keluar dari gereja tersebut untuk menunaikannya di tangga walaupun dipinta oleh Paderi Besar agar solat sahaja di dalam. Khalifah Umar menyatakan, Sekiranya baginda Umar mengerjakan solat di dalam gereja baginda merasa khuatir umat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa  Umar membolehkan gereja ditukar menjadi masjid.

Ketika Perjanjian Damai Aelia antara Khalifah Umar dan Uskup Sophronius baginda Umar dengan tegas menyatakan antaranya; Tidak boleh mengganggu gereja mereka baik membongkarnya, mengurangi, maupun menghilangkannya sama sekali, demikian pula tidak boleh memaksa mereka meninggalkan agama mereka, dan tidak boleh mengganggu mereka.

Ini selari dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud dalam kitab Jami’us Shaghir, Nabi bersabda “Barang siapa yang menyakiti kafir zimmi maka akulah musuhnya, dan orang yang memusuhinya maka dihari kiamat dia bermusuhan denganku.”

Betapa tingginya nilai seorang manusia walaupun kafir zimmi sehingga menyakitinya sama dengan memusuhi Rasulalah SAW.

Dalam Sunan Ibnu Majah, Dari Abdullah bin Umar, nabi SAW bersabda “Orang yang membunuh kafir zimmi maka dia tidak pernah merasakan bau harumnya surga, padahal bau harum surga itu dapat dirasai dari jarak perjalanan empat puluh tahun”

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibn Abbas, katanya:

إِذَا بَعَثَ جُيُوشَهُ قَالَ اخْرُجُوا بِسْمِ اللَّهِ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ لَا تَغْدِرُوا وَلَا تَغُلُّوا وَلَا تُمَثِّلُوا وَلَا تَقْتُلُوا الْوِلْدَانَ وَلَا أَصْحَابَ الصَّوَامِعِ

Apabila Rasulullah s.a.w. menghantar pasukan tentera, maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu ke medan jihad dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu menyeksa mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli rumah ibadat.”

Kata Imam  Asy-Syaukani di dalam kitabnya  Nailul Autar, jilid 8, m.s. 74, cetakan: Dar Al-Jil, Beirut: “Hadis ini menjelaskan bahawa tidak boleh membunuh sesiapa sahaja daripada golongan yang hanya beribadat seperti paderi kerana mereka tidak memudaratkan kaum Muslimin.”

Bukan sahaja larangan membunuh pendita agama dan larangan merosakkan rumah ibadat agama, bahkan mencela dan mencerca bahan sembahan mereka juga tidak dibenarkan sebagamana dinyatakan oleh Allah SWT;

Ÿwur (#q™7Ý¡n@ šúïÏ%©!$# tbqããô‰tƒ `ÏB Èbrߊ «!$# (#q™7Ý¡uŠsù ©!$# #Jrô‰tã ΎötóÎ/ 5Où=Ïæ 3

Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Al-An’am : 108.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Islam juga tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam sebagaimana firman Allah,

Iw on#tø.Î) ’Îû ÈûïÏe$!$# ( ‰s% tû¨üt6¨? ߉ô©”9$# z`ÏB ÄcÓxöø9$# 4

Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).  Al-Baqarah : 256.

Firman Allah lagi,

öqs9ur uä!$x© y7•/u‘ z`tBUy `tB ’Îû ÇÚö‘F{$# öNßg=à2 $·èŠÏHsd 4 |MRr’sùr& çn̍õ3è? }¨$¨Z9$# 4Ó®Lym (#qçRqä3tƒ šúüÏZÏB÷sãB ÇÒÒÈ

Jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia Yang ada di bumi. (janganlah Engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang Yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka Patutkah Engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang Yang beriman? Yunus : 99.

Dalam konteks negara kita hak kebebasan mengamalkan ajaran agama masing-masing ini dijelaskan lagi dalam perlembagaan persekutuan  artikel 3 (1)  yang memperuntukkan walaupun Islam sebagai agama persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Dalam artikel 11 (1) dinyatakan setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal 4 mengembangkan agamanya.

Demikianlah indahnya Islam, cantiknya Islam, rahmatnya Islam, yang cuba dicemari oleh mereka yang jahil, melampau dan ekstrim.

Sidang Jumaat yang bijaksana,

Namun demikian, sebagai umat Islam yang beriman, kita tidak ada kompromi dalam soal aqidah. Kerana aqidah salimah sahajalah yang membawa samada kita ke syurga atau ke neraka. Demikianlah yang dinyatakan dalam sejumlah ayat al-Quran dan al-Hadis. Kepada kita, hanya aqidah Islam sahajalah yang benar dan tiada siapa yang boleh menggugat aqidah yang murni ini. Justeru itu, Perlembagaan persekutuan yang digubal oleh ”Founding Fathers” negara kita menyatakan dalam artikel 11 (4) tentang pengawalan pengembangan agama lain kepada umat Islam.

Berdasarkan peruntukan tersebut,  Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan undang-undang Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam ) 1988 yang antara lain memperuntukkan Jadual bagi Seksyen 9, bahagian I dan bahagian II yang melarang ugama bukan Islam menggunakan 35 perkataan atau frasa yang ada kaitan dengan agama Islam. Antaranya ialah penggunaan kalimah ALLAH yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Cukuplah undang-undang ini menjelaskan semua perkara, diperkuatkan lagi dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Shah yang mahukan ia dikuat kuasakan di negeri kita tanpa berganjak demi memelihara aqidah umat  Islam. Selebihnya kita serahkan kepada kebijaksanaan mahkamah dan tidak lupa panjatkan doa kepada ALLAH SWT tanpa menimbulkan onar, anarki, perkauman sempit dan permusuhan.

žw â/ä38yg÷Ytƒ ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNs9 öNä.qè=ÏG»s)ム’Îû ÈûïÏd‰9$# óOs9ur /ä.qã_̍øƒä† `ÏiB öNä.̍»tƒÏŠ br& óOèdr•Žy9s? (#þqäÜÅ¡ø)è?ur öNÍköŽs9Î) 4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä† tûüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# ÇÑÈ

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. Al-Mumtahanah : 8

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ  وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ  قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


About this entry