KHUTBAH RASUAH

إِنَّ الْحَمْدَ لِلهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ: فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، قال الله تعالى
     •   •    

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai Allah Subhanahu Wata’ala. Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang beruntung di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Berdasarkan laporan dalam media cetak dan elektronik serta rahsia yang diketahui umum, didapati pada kebiasaannya penglibatan rasuah samada dalam politik, Sektor Perkhidmatan Awam, swasta dan orang awam meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan dan jentera kerajaan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.
Rasuah dalam apa jua bentuk dan nama yang diubahsuai sekalipun, menurut perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil Al- Quran dan As-Sunnah. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat
188 :

             ••    
dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Manakala sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh At-Tabrani:

الراشي والمرتشي في النار

“Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Hadis yang lima, yang dihasankan oleh Imam Tirmizi, disahihkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah yang menyatakan bahawa baginda SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah.

Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pada tahun 2009 sebanyak 500 tangkapan telah dibuat. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah sejak tahun 80an negara telah kerugian lebih 360 bilion ringgit akibat rasuah sebagaimana yang dilaporkan oleh firma antarabangsa Morgan & Stanley. Manakala menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan angka 270 juta ringgit akibat rasuah. Samada billion atau jutaan ringgit, ia bukan seringgit atau lima ringgit. Ia adalah satu kerugian yang amat besar. Ia adalah harta rakyat yang tidak halal buat sesiapa pun yang melakukannya walaupun cuba disucikan dengan membina sejuta rumah anak yatim atau maahad tahfiz sekalipun.
Jika keadaan amalan Jenayah jijik Rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi lebih-lebih lagi keselamatan negara. Persoalan yang sering timbul ialah mengapa amalan jijik najis rasuah ini kerap berlaku?.
Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau bersifat tamak haloba, mengamalkan cara hidup mewah, ingin cepat kaya, terpengaruh dengan gaya hidup semasa dan mahu mengekalkan kuasa atau merebut kuasa yang hilang.

Perbuatan rasuah meningkatkan penganiayaan dan pencabulan terhadap Hak Asasi Manusia sehingga menzalimi orang lain, kerana hasil amalan rasuah individu tertentu atau kumpulan tertentu.
Firman Allah dalam surah Al-Buruj ayat 10:

              
Sesungguhnya orang-orang Yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api Yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah jijik ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang dan kroni tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan jenayah kezaliman yang berleluasa dalam masyarakat serta menyebabkan tiadanya kualiti dalam produk yang dihasilkan. Yang paling malang dan rugi ialah golongan rakyat jembel yang berpenat-lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain, yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan harta negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Rasuah adalah perbuatan haram dan dosa yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan ibadah-ibadah kita yang lain. Alangkah ruginya kita, kerana ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, bahkan akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Lebih membimbangkan lagi apabila kita tidak segera membanteras gejala rasuah dan menolak pengamal rasuah, nescaya negara kita akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana akibat kemurkaan Allah. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ali ‘Imran ayat 112:
            ••                       •  
112. mereka ditimpakan kehinaan (dari Segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali Dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari Segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi Dengan tiada alasan Yang benar. semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pengamal rasuah sama ada pemberi, penerima dan penyokongnya adalah pengkhianat agama dan negara. Justeru itu, mimbar pada kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius dengan membenteras dan menolak pengamal rasuah demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan Sistem Penyampaian dalam perkhidmatan.

Kesimpulannya:-
1- Pemberi dan penerima rasuah adalah mengkhianati Allah dan Rasul, pengkhianat rakyat dan negara dan akan dibalas dengan azab yang pedih di akhirat manakala orang yang menyokong dan cenderung kepada mereka adalah sama bersubahat dalam pengkhianatan ini.
2- Amalan Rasuah akan, meruntuhkan ekonomi, Sistem Perkhidmatan, Integriti Perkhidmatan Awam dan Kehakiman Negara.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah dan perasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:-

1- Menjamin kesinambungan nasab dan keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;
2- Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga
pengurusan.
3- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi serta menjauhi rasuah dan
4- Membuktikan bahawa amalan ibadat-ibadat khusus seperti solat, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.

Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah dan menolak perasuah. Semoga dengan itu iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

  •             
dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. Al- Imran : 104

با رك الله لى ولكم بالقرأن العظيم , ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم , وتقبل منى ومنكم تلا وته انه هو السميع العليم. اقول قولى هذا واستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤ منات, فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.

http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2009/cpi_2009_table


About this entry