KHUTBAH TENTANG AL-QUDS

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ   قال الله تعالى   اعوذبالله من الشيطان الرجيم

$pkš‰r’¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#qä9qè%ur Zwöqs% #Y‰ƒÏ‰y™ ÇÐÉÈ   ôxÎ=óÁムöNä3s9 ö/ä3n=»yJôãr& öÏÿøótƒur öNä3s9 öNä3t/qçRèŒ 3 `tBur ÆìÏÜム©!$# ¼ã&s!qߙu‘ur ô‰s)sù y—$sù #·—öqsù $¸JŠÏàtã ÇÐÊÈ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Kita laksanakan segala suruhan dan titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Khutbah adalah salah satu daripada rukun daripada rukun-rukun Jumaat. Sehubungan dengan itu mendengar dan menghayati khutbah menentukan sahnya pahala Jumaat. Sesungguhnya berbicara ketika khutbah disampaikan walaupun dengan perkataan diam, membawa kepada lagha, yakni sia-sia pahala Jumaat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Bumi Palestin telah melalui perjalanan sejarah yang sangat panjang, bermula dengan penghijrahan Nabi Ibrahim AS dari Ur di Babylon ke Canaan di daerah pinggiran Mediterranean 3900 tahun yang lalu iaitu Palestin sekarang. Keturunan Nabi Ibrahim dari isterinya Siti Hajar melalui Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab yang mendiami Jazirah Arabia, manakala melalui isterinya Siti Sarah melalui Nabi Ishaq lahirlah bangsa Yahudi yang pada ketika itu anak cucu baginda berhijrah ke Mesir lalu membentuk kelompok Yahudi semasa zaman pemerintahan Firaun. Apabila Firaun Dinasti Akhenaten yang menyembah satu Tuhan dijatuhkan oleh Dinasti yang menyembah pelbagai Tuhan, keturunan Nabi Ishaq yang membentuk komuniti Yahudi ini telah berhijrah dari Mesir dengan dipimpin oleh Nabi Musa dan Nabi Harun AHMS merentasi laut Merah yang terbelah dikejar oleh Firaun dan tenteranya.

Mereka, yakni kaum Yahudi berkelana di Semenanjung Sinai sebelum mereka akhirnya kembali ke kawasan yang pernah didiami oleh moyang mereka Nabi Ibrahim AS. Pada masa itu juga orang-orang Philistine yang dikatakan berhijrah dari kepulauan Crete telah mula menempati semenanjung Gaza pada abad-abad ke 12 dan 11 SM. Sejak itu, rantau tersebut dinamakan Palestin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Persaingan sentiasa berlaku di antara orang Philistine dan Yahudi sehingga kerajaan bertukar ganti antara mereka. Kaum Yahudi mencapai kemuncak mereka dalam pemerintahan apabila Raja mereka Talut dan tenteranya berjaya menewaskan Jalut dan tenteranya dengan terbunuhnya Jalut di tangan Nabi Daud AS. Sejak itu Nabi Daud AS telah dilantik menjadi Raja kepada Bani Israel yakni orang Yahudi yang kemudiannya diwariskan kepada Nabi Sulaiman AS yang menjadi raja yang paling agung dalam sejarah manusia kerana baginda AS bukan sahaja menguasai alam manusia, tetapi juga menguasai alam haiwan dan alam jin. hal ini dirakamkan oleh Al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 251;

NèdqãBt“ygsù ÂcøŒÎ*Î/ «!$# Ÿ@tFs%ur ߊ¼ãr#yŠ šVqä9%y` çm9s?#uäur ª!$# šù=ßJø9$# spyJò6Ïtø:$#ur ¼çmyJ¯=tãur $£JÏB âä!$t±o„

251. oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya

Firman-Nya lagi dalam surah al-Naml ayat 16;

y^͑urur ß`»yJøŠn=ߙ yŠ¼ãr#yŠ ( tA$s%ur $yg•ƒr’¯»tƒ â¨$¨Z9$# $oYôJÏk=ãæ t,ÏÜZtB Ύö©Ü9$# $uZÏ?ré&ur `ÏB Èe@ä. >äóÓx« ( ¨bÎ) #x‹»yd uqçlm; ã@ôÒxÿø9$# ßûüÎ7ßJø9$# ÇÊÏÈ

16. dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, Kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan Kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); Sesungguhnya Yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) Yang jelas nyata”.

Pada masa pemerintahan baginda Nabi Sulaiman inilah dibina Masjid Nabi Sulaiman atau Haykal Sulaiman atau dalam istilah Barat disebut The Temple of Solomon yang dikatakan terletak di atas Bukit Zaitun atau The Mount Temple berdekatan dengan kompleks Masjid al-Aqsa. Pada hakikatnya ia adalah Masjid Al-Aqsa yang dibina semula oleh Nabi Sulaiman AS dengan bantuan kejuruteraan daripada makkhluk Jin kerana nabi Sulaiman AS tidak sekali-kali menyembah selain daripada Allah SWT dan ia terletak bersekali dalam al-haramain al-syarifain kompleks Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid yang kedua dibina di dunia setelah Masjid Al-Haram sebagaimana diberitahu oleh nabi kita Muhammad SAW melalui riwayat Al-Bukhari;

” عن أبي ذر الغفاري رضي الله عنه قال : قلت يا رسول الله أي مسجد وضع في الأرض أول ؟ قال : المسجد الحرام ، قلت : ثم أي ؟ قال : المسجد الأقصى ، قلت : كم بينهما ؟ قال : أربعون سنة ، ثم أينما أدركتك الصلاة بعد فصلّ ، فإن الفضل فيه ” .

Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Pemerintahan di bumi Palestine silih berganti dengan kuasa besar Rom menguasainya melalui Raja Boneka Yahudi yang menyaksikan pembunuhan nabi Yahya yang dikenali dalam ajaran Kristian sebagai John The Baptist dan percubaan untuk membunuh nabi Isa As yang menurut ajaran Kristian telah disalib padahal menurut al-Quran dan hadis yang sahih lagi mutawatir, Nabi Isa AS diangkat ke langit dan masih hidup sehingga hari ini.

Bumi Palestine dan Masjid Al-Aqsa telah berjaya dibuka yakni dikuasai umat Islam semasa zaman Saidina Omar RA dan pada masa itu penduduk Palestine yang berbangsa Philistine memeluk agama Islam dan berasimilisi dengan bangsa Arab sehingga mereka menjadi sebahagian daripadanya.

Sejarah malang Palestine dan Masjid Al-Aqsa bermula ketika penaklukan tentera Salib pada tahun 1099 yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai hampir seluruh penduduk Jurusalem sehingga digambarkan dalam catatan sejarah mereka mengharungi banjir darah setinggi buku lali. Umat Islam berjaya merampas semula bumi Al-Aqsa melalui Sultan Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin pada bulan Oktober 1187 yang ada digambarkan secara berat sebelah dalam filem The Kingdom of Heaven.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sejarah malang ini berulang semula apabila Khalifah Islam  terakhir di dunia, Kerajaan Islam Uthmaniyyah yang menguasai Baitul Maqdis dijatuhkan bermula dengan penyingkiran Sultan Abdul Hamid II. Sebelumnya, mereka telah menawarkan sejumlah wang yang banyak dan kekuasaan yang kekal untuk baginda, tetapi baginda walaupun pemerintahannya penuh bermasalah, tidak sekali-kali menerima rasuah itu, saya ulangi, tidak sekali-kali menerima rasuah itu dan menjual bumi Palestine kepada Yahudi.

Akibatnya baginda telah digulingkan dan dibuang negeri ke Salonika di Yunani. Semoga Allah merahmati ruh Sultan Abdul Hamid II. Maka bermulalah konspirasi untuk mengembalikan Yahudi ke tanah mereka Israel di Palestin melalui Perisytiharan Balfour yang dibuat pada tahun 1917.

Semenjak itu maka berlakulah penghijrahan besar-besaran Yahudi yang didalangi oleh Zionis ke bumi Palestine menubuhkan negara Israel yang diiktiraf oleh kuasa-kuasa Barat. Walaupun umat Islam cuba merebut kembali melalui Perang Arab-Israel, Perang Yum Kippur dan sebagainya, Israel terus berdiri megah dan terus melebarkan tanah jajahan mereka melalui pembunuhan dan kekejaman sehinggalah kini Palestine terbahagi kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya kekejaman Zionis Yahudi adalah suatu yang sudah diketahui umum dan telah dilakukan, terus akan dilakukan sejak lebih 6o tahun yang lalu.

Pembunuhan demi pembunuhan kejam sentiasa dilakukan dan antara yang paling kejam ialah pembunuhan beramai-ramai di Sabra Shatilla pada 16 September 1982 dan berakhir pada 18 September berikutnya. Seramai 2,400 hingga 3,500 orang termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh, disembelih dan dirogol oleh sekutu Israel Militia Phalangist dengan bantuan kepungan rejim Zionis.

Mereka juga telah membina tembok batu tinggi melingkari hampir seluruh sempadan Gaza dan beberapa kawasan di Baitul Maqdis sehingga ia menjadi sebuah penjara besar bagi umat Islam Palestine. Segala jenis bantuan dan import bahan asas makanan dan binaan dihalang masuk ke kawasan tersebut dengan harapan umat Islam Palestine akan mati kebuluran dan kesejukan di samping pengeboman dengan .

Apa yang sepatutnya menyentap hati seluruh umat Islam yang beriman ialah cubaan rejim Zionis untuk meroboh dan memusnahkan Masjid al-Aqsa bagi membina Haykal Sulaiman di atas tapaknya. Pada Tahun 1969 mereka telah membakar Masjid Al-Aqsa. Pada 1 Mei 1980 rejim Zionis telah melakukan siri pengeboman terhadap Masjid Al-Aqsa dan pada 4 Oktober 2009 ekstrimis Zionis Yahudi telah menceroboh Masjid Al-Aqsa. Mereka juga telah membina terowong-terowong di bawah Masjid Al-Aqsa agar ia bakal runtuh dengan sendirinya.

Selain itu, penempatan-penempatan haram Yahudi jufa telah dibina di sekitar kawasan Jurusalem lebih-lebih lagi apabila pada 24 Mac 2010, Benjamin Natanyahu atau Syaitanyahoo telah mengisytiharkan Jurusalem atau Bait Al-Muqaddas sebagai ibu negara Israel yang sah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Apakah yang perlu kita lakukan ? Tidak peduli ? Menangis ? Berarak berdemonstrasi menjerit-jerit tanpa makna sedangkan pada masa yang sama kita masih leka dan terus menyokong bantuan kepada Israel secara tidak langsung melalui pembelian barang makanan, minuman, rokok, pakaian mahupun syarikat perunding perkhidmatan yang mempunyai kaitan dengan Zionis Yahudi dan Israel.

Marilah sama-sama kita merasai denyut nadi umat Islam Palestine dengan memberikan sokongan dan dokongan moral, spiritual dan material kepada mereka. Marilah kita bina semula jati diri kita , generasi kita dengan jati diri Islam agar Zionis Yahudi tidak memperlekehkan umat Islam dan seterusnya merasa gerun dengan umat Islam.

$pkš‰r’¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä ö@yd ö/ä3—9ߊr& 4’n?tã ;ot»pgÏB /ä3ŠÉfZè? ô`ÏiB A>#x‹tã 8LìÏ9r& ÇÊÉÈ   tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ¾Ï&Î!qߙu‘ur tbr߉Îg»pgéBur ’Îû È@‹Î6y™ «!$# óOä3Ï9ºuqøBr’Î/ öNä3Å¡àÿRr&ur 4 ö/ä3Ï9ºsŒ ׎öyz ö/ä3©9 bÎ) ÷LäêZä. tbqçHs>÷ès? ÇÊÊÈ   öÏÿøótƒ ö/ä3s9 ö/ä3t/qçRèŒ óOä3ù=Åzô‰ãƒur ;M»¨Zy_ “̍øgrB `ÏB $pkÉJøtrB ㍻pk÷XF{$# z`Å3»|¡tBur Zpt6ÍhŠsÛ ’Îû ÏM»¨Zy_ 5bô‰tã 4 y7Ï9ºsŒ ã—öqxÿø9$# ãLìÏàyèø9$# ÇÊËÈ

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga ” Adn “. itulah kemenangan Yang besar.

Surah A-Sof ayat 10 -12.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ  وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ  قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


About this entry