KHUTBAH TENTANG ZAKAT 1431

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ مِنْ تِلْكَ السُّبُلِ شَهْرَهُ شَهْرَ رَمَضَانَ ، شَهْرَ الصِّيَامِ وَ شَهْرَ الْقِيَامِ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ ، هُدًى لِلنَّاسِ ، وَ بَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ: فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، قال الله تعالى
     •   •    

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta beriman kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Sidang Jumaat sekalian, ingatlah, khutbah adalah salah satu daripada rukun Jumaat, justeru itu hendaklah kalian diam dan dengar, kerana berbicara ketika khutbah disampaikan, bermain-main ketika khutbah disyarahkan, akan menyebabkan hilangnya pahala Jumaat yang bererti kerugian buat kita yang akan mengadap Allah satu hari nanti.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadahan yang sangat dirindui ini, marilah kita menjadikan bulan yang penuh berkah ini bagi merebut pangkat ketaqwaan sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT. Pangkat yang paling mulia di kalangan manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat ke 13;

 •     
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,

Pangkat yang lebih tinggi daripada segala pangkat dan kedudukan yang ada di muka bumi ini, yang telah dapat dicapai oleh para sahabat, yang hanya dapat dicapai dengan kita sentiasa berusaha melaksanakan segala tuntutan aqidah dan iman melalui ketaatan kepada segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Sesungguhnya, ketaqwaan itu merupakan anak kunci syurga dan kunci kepada penilaian Allah SWT tentang kemuliaan umat manusia.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Bulan Ramadhan merupakan bulan kurniaan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW, mempunyai seribu satu kelebihan dan kemuliaan, dengan ganjaran-ganjaran pahala yang sangat besar, rahmat dan pengampunan Allah SWT serta pembebasan daripada api neraka, dengan syarat ibadah puasa yang dijalankan mengikut sebagaimana yang disyariatkan, tanpa meninggalkan solat fardhu, berpakaian menutup aurat, melaksanakan segala kewjipan agama, menjauhkan perkara yang diharamkan dan berusaha meminimumkan perkara yang lagha yakni sia-sia.
Padanya kita diperintahkan untuk mempertingkatkan amal ibadat, dengan solat-solat sunat seperti qiyam al-lail dan tadarus al-quran; memperbanyakkan sedekah, terutamanya kepada orang yang berbuka puasa, ahli keluarga, kaum kerabat, faqir miskin dan anak yatim; memperpanjangkan jeda diri dengan beriktikaf di masjid sepanjang sepuluh hari yang akhir dengan merenung dan menginsafi segala kelakuan dan perlakuan kita sepanjang tahun sebelumnya.
Kemuliaan bulan Ramadhan ini tidak akan sempurna dengan hanya ibadat puasa sahaja tanpa pembayaran zakat fitrah. Zakat fitrah diwajibkan kepada seluruh umat Islam bertujuan untuk menyucikan jiwa, membersihkan harta dan mengkuduskan ruhani selain menampung dan menutup sebarang kekurangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ingatlah, daripada segala harta benda yang kita peroleh sebagai rezeki daripada Allah, bukan semua menjadi milik mutlak kepada kita. Justeru itu, Islam telah mensyariatkan agar kita mengeluarkan sebahagian daripadanya dalam bentuk zakat, infaq, sedekah dan hadiah. Zakat adalah fardhu, yang termasuk salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam, lebih-lebih lagi zakat fitrah yang hanya boleh dibayar dalam bulan Ramadhan sahaja.
Janganlah berasa rugi, janganlah bakhil dan kedekut, bersikap tangkai jering, dalam melaksanakan perintah zakat ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat ke 39;

          
dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-orang Yang beroleh pahala berganda-ganda.

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Dalam hadith yang lain;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ أَتَاهُ اللَّهُ مَالا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعٌ أَقْرَعُ لَهُ زَبِيبَتَانِ ، فَيَأْخُذُ بِلِهْزِمَتِهِ ، وَيَقُولُ : أَنَا مَالُكَ ، أَنَا كَنْزُكَ “
Sesiapa yang diberikan harta oleh Allah, kemudian tidak mengeluarkan zakatnya akan dibentuk baginya harta itu berupa ular Syuja’ al-Aqra’ yang bersesungut dua lalu dikalungkan dilehernya pada hari qiamat kemudian mematuk-matuk pipinya kiri dan kanan sambil berkata; akulah hartamu, akulah timbunan kekayaanmu. HR Bukhari dll.

Allah SWT juga berfirman dalam surah Fussilat hujung ayat 6 dan ayat 7, yang menyamakan orang yang tidak membayar zakat dengan orang musyrik;

       •     
Kecelakaan besar (neraka wail) bagi orang-orang Yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu Yang lain), Iaitu orang-orang Yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat”.

Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Riwayat Abu Daud).

Orang yang membayar zakat fitrah sebelum hari raya, maka ia adalah maqbul , diterima oleh Allah SWT. Orang yang melengahkan pembayarannya sehingga luput waktunya yakni setelah selesai solat sunat hari raya didirikan, maka dia adalah berdosa, dia adalah berdosa, wajib membayarnya sebagai qadha walaupun nilainya menjadi sedekah biasa sahaja.

Bukan sahaja zakat fitrah, zakat-zakat lain juga wajib dibayar apabila cukup haul dan nisabnya seperti zakat simpanan wang samada yang disimpan dalam bank, KWSP, koperasi dalam bentuk tunai , bon atau saham yang halal; emas dan perak termasuk yang dipakai melebihi kadar sepatutnya iaitu lebih daripada 800gm sebagaimana fatwa Jil.58 no.13 Negeri Selangor; zakat perniagaan yang menepati hukum syarak, bukan perniagaan yang haram ; zakat pertanian dan haiwan ternakan; zakat pendapatan iaitu pendapatan dari pelbagai sumbar yang halal ; zakat harta karun serta hasil bumi termasuk bijh timah, petroleum dan bahan mineral lainnya sebagaimana pandangan beberapa ulama.
Mereka yang tidak membayar zakat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali menurut seksyen 21, Enakmen no 9, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Namun, menurut Enakmen Allah Ta’ala yang berkuat kuasa selepas mati, mereka akan dibelit dan dipatuk ular dan dimasukkan ke dalam api neraka.Wal’iyazubillahi min zalik.

Ingatlah, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. telah memerintahkan agar orang yang tidak membayar zakat ini untuk diperangi justeru keengganan mereka itu telah membawa mereka mengabaikan hak syahadah; la ilaha illah.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
              
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Al-Baqarah :183.

با رك الله لى ولكم بالقرأن العظيم , ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم , وتقبل منى ومنكم تلا وته انه هو السميع العليم. اقول قولى هذا واستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤ منات, فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.


About this entry