KHUTBAH HARI KEKASIH ( ST. VALENTINE’S DAY )

الحمدلله الذي انعم علينا بنعمة الاسلام والايمان وارشدنا طريقة السعادة بهداية القرءان ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ: فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، قال الله تعالى

 يا أيها الذين آمنوا اتقوا اللَّه حق تقاته}

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta beriman kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setahun sudah berlalu, Februari muncul kembali, dengan kehangatan neraka jahanam, tanpa disedari dipetik mawar dosa, ditulislah oleh malaikat raqib dan atid amal buruk yang dilakukannya. Inilah bahana dan bencana yang terjadi akibat kejahilan dan kecetekan dalam beragama sehinggakan 14 Februari yang dikenali sebagai hari Valentine, yang tidak ada kena-mengena dengan ajaran, amalan dan budaya Islam, turut dirayakan oleh sebilangan daripada kita.

Tahukan kita apakah itu hari Valentine? Siapakah itu St. Valentine? Bagaimanakah kisah sebenar disebalik Valentine? Ensaiklopaedia Britannica merekodkan tentang Festival Lupercalia yang diadakan pada pertengahan Februari yang merupakan salah satu perayaan agama pagan orang Rumawi dengan persembahan korban anjing dan kambing kepada para dewata. Upacara sesat ini dikatakan sebagai asal-muasal kepada hari Valentine. Pada tahun 496 Masehi, Pope Gelasius menyatakan Festival Lupercalia ini merupakan upacara agama pagan dan tidak bermoral. Lantas beliau telah memilih Valentine sebagai Patron Saints of Lovers, Santa Penaung atau Wali Peanaung kepada para kekasih yang diraikan sebagai perayaan baru pada setiap 14 Februari.

Siapakah St. Valentine yang sebenarnya? Terdapat pelbagai kisah lagenda tentang peribadi ini. Ada yang mengatakan dia ialah seorang Padri di Rumawi, ada yang menyebut dia ialah seorang Bishop of Interamna bahkan ada yang mengatakan dia adalah orang Afrika. Yang pasti, dia bukan beragama Islam.

Sumber Ensaiklopaedia Katholik menyatakan, Valentine ialah salah seorang penyebar Kristian di Rumawi yang ditangkap, dipenjara dan akhirnya dihukum bunuh oleh Maharaja Claudius II pada 14 Februari 270 M. Kematiannya kerana menyebarkan agama Kristian dianggap sebagai mati syahid oleh mereka. Sebelum dihukum bunuh, Valentine telah menulis sepucuk surat cinta kepada seorang gadis anak kepada pegawai penjara dengan bertanda tangan, ”Dari Valentinemu”.

Sejak itu, penganut Kristian merayakan tarikh 14 Februari sebagai hari berkasih-sayang atau hari Valentine.

Sidang Jumaat sekalian,

Berdasarkan kepada catatan sejarah tersebut, amat nyatalah, amat jelaslah, amat teranglah, hari Valentine bukan dari ajaran Islam. Ia adalah 100% ajaran dan kepecercayaan dalam agama Kristian yang tidak selayaknya, saya ulangi lagi, yang tidak selayaknya, mana-mana orang yang mengaku dirinya Islam, beriman kepada Allah, mengaku dirinya umat Muhammad, untuk turut sama merayakan, mengucapkan, menyambut, atau apa sahaja bentuk amalan dan perlakuan yang berkaitan dengan hari Valentine.

Firman Allah SWT.

ö@è% $pkš‰r’¯»tƒ šcrãÏÿ»x6ø9$# ÇÊÈ   Iw ߉ç6ôãr& $tB tbr߉ç7÷ès? ÇËÈ   Iwur óOçFRr& tbr߉Î7»tã !$tB ߉ç7ôãr& ÇÌÈ   Iwur O$tRr& ӉÎ/%tæ $¨B ÷L–n‰t6tã ÇÍÈ   Iwur óOçFRr& tbr߉Î7»tã !$tB ߉ç6ôãr& ÇÎÈ   ö/ä3s9 ö/ä3ãYƒÏŠ u’Í<ur Èûïϊ ÇÏÈ

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

2. “Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.

3. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.

4. “Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.(3X)

5. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.

6. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Daripada Abdullah bin Umar. r.a., Rasulullah SAW bersabda,

من تشبه بقوم فهو منهم

Barang siapa yang meniru menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kaum tersebut – HR Abu Daud, Ibnu Hibban dll.

Sehubungan dengan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Selangor  telah memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Valentine adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat.

Sesungguhnya meraikan hari tersebut dalam apa jua bentuk, atas apa sahaja alasan, adalah perbuatan yang mungkar, bid’ah kesesatan yang sangat dicela bahkan dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah dan keimanan kita, wal’iya zubillah min zalik.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Apa yang menyedihkan, kedapatan sebilangan umat Islam, pengamal media Islam, yang beriya-iya mewar-warkan hari sambutan umat Kristian ini, mempromosikannya dan menyebarkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya sehingga menyebabkan sebahagian umat Islam turut sama meraikannya walaupun sebagai suka-suka sahaja.

Natijahnya amat mengerikan, kerana hari Kekasih ini kebiasaannya disambut oleh pasangan kekasih yang belum bernikah sehingga amalan yang bermula dari kirim-mengirim ucapan, berparti-partian,  hinggalah kepada perbuatan zina – akhirnya membuahkan kebejatan moral dan kepincangan gejala sosial sehingga lahirlah anak-anak haram, anak gampang, anak luar nikah yang terbukti apabila Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 257,411 pendaftaran anak tidak sah taraf dalam tempoh satu dasawarsa.

Justeru itu, setiap orang Islam terutamanya golongan remaja dan belia hendaklah meninggalkan budaya “hari kekasih” yang hanya bertujuan merosakkan akhlak dan aqidah umat Islam. Kepada ibu-bapa, khususnya sidang Jumaat yang hadir pada hari ini, tuan-tuan bertanggung jawab untuk memberitahu kepada anak-anak dan jagaan kita bahawa Hari Valentine, hari kekasih ini bukan dari ajaran  Islam, ia adalah ajaran Kristian yang tidak wajar bagi umat Islam turut serta meraikannya.

Kita tidak perlukan seorang wali Kristian untuk kita peringati tetang cinta dan kasih. Kita ada nabi Muhammad SAW untuk diingati kisah kelahiran dan kehidupannya. Kisah kasih dan cinta agungnya Khadijah kepada Muhammad yang membuahkan perjuangan Islam. Kita ada kisah cinta Ali dan Fatimah yang melahirkan Saidina Hussein yang mati syahid diKarbalademi cinta kepada keadilan. Kita ada Wali Rabiatul Adawiyah yang sanggup dijual beli sebagai abdi demi cintanya kepada Allah. Kita ada Wali Ibrahim Adham yang sanggup meninggalkan takhta kerajaannya demi kasihnya kepada Allah, kita ada beratus-ribu para wali dan berpuluh para Nabi yang perlu diingati kisah dan perjuangan mereka menuju kasih dan cinta Allah SWT.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

`s9ur 4ÓyÌös? y7Ytã ߊqåkuŽø9$# Ÿwur 3“t»|Á¨Y9$# 4Ó®Lym yìÎ6®Ks? öNåktJ¯=ÏB 3 ö@è% žcÎ) “y‰èd «!$# uqèd 3“y‰çlù;$# 3 ÈûÈõs9ur |M÷èt7¨?$# Nèduä!#uq÷dr& y‰÷èt/ “Ï%©!$# x8uä!%y` z`ÏB ÉOù=Ïèø9$#   $tB y7s9 z`ÏB «!$# `ÏB <c’Í<ur Ÿwur AŽÅÁtR ÇÊËÉÈ

orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Al-Baqarah : 120.

با رك الله لى ولكم بالقرأن العظيم , ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم , وتقبل منى ومنكم تلا وته انه هو السميع العليم. اقول قولى هذا واستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤ منات, فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.


About this entry