autoBIOGRAFI

RUMAIZI AHMAD AL-MUSTAPHA

Asal-Usul & Kelahiran

“Allah telah menjadikan bagimu isteri dari dirimu dan menjadikan bagi kamu dari isteri-isteri kamu anak-anak dan cucu-cicit, serta memberi rezeki yang baik-baik kepada kamu. Apakah mereka percaya kepada yang batil dan ingkar akan nikmat Allah ?”

al-Nahl:72

LAHIR sebagai manusia berketurunan JAWA beragama ISLAM SUNNI pada  28 Bakda Mulud 1899 Tahun Alip (Takwim Jawa ) bersamaan 28 Rabiul Akhir 1387 Hijrah berbetulan dengan  tanggal 5 OGOS 1967 Masehi pada Hari  Sabtu Wage sebagai warga Kanchong Darat, sebuah permukiman pinggir pekan Banting, Kuala Langat yang merupakan daerah luar bandar yang termaju di  Selangor,  Malaysia. Berasal dari keluarga petani dan pedagang  dari sebelah ayah dan sejalur keluarga Kiyai yang menggulati dunia sufi dari sebelah ibu, kedua-dua leluhur tersebut berasal dari Tanah Jawa ketika zaman penjajah. Telah berkahwin dengan terhasil 7 orang anak.

Pendidikan

“Katakanlah; Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”

al-Zumar : 9

Memulakan pendidikannya di peringkat pra-sekolah di Tabika  KEMAS Kanchong Darat kemudian melanjutkannya ke Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat selain pada sebelah petangnya mendapatkan pendidikan asas agama di Sekolah Rendah Agama Kanchong Darat. Dengan keputusan yang dianggap baik dalam Penilaian Darjah Lima pada masa itu sehingga mendapat tempat ke Maahad Hishamuddin Klang atau  Sekolah Menengah Sains Selangor, tetapi bapanya memilih tawaran ke Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor untuk memulakan pendidikan menengahnya.

Sepatutnya ke UIA untuk melanjutkan pelajaran peringkat tertiari dalam bidang undang-undang, tetapi membuat keputusan yang silap dengan menjadi penganggur terhormat selain membantu perniagaan pakaian ayahnya. Mencari pengalaman dengan  menjadi guru agama sementara di sebuah sekolah sebelum akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menerima tawaran ke Institut Bahasa Kuala Lumpur dalam bidang Pengajian Melayu. Menyedari betapa pentingnya pendidikan tinggi dan betapa hinanya tanpa kelulusan selain minatnya yang mendalam dalam bidang pengajian agama lalu berusaha menimba ilmu di Universiti Malaya sehingga berjaya meraih Anugerah Naib Canselor semasa menerima Diploma Pengajian Syariah. Sementara menuntut di universiti tersohor itu juga menambahkan ilmu di Institut Latihan Perkaderan Dakwah Islamiah bagi meraih Diploma Tasawwur Islam. Seterusnya pengembaraan mencari ilu berterusan di Kolej Dar al-Hikmah sehingga berjaya meraih Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Syariah. Kembara ilmu semakin jauh dengan menjelajah ke Pekanbaru, Riau, Indonesia untuk mendapatkan gelar Sarjana Hukum Islam (SHI) S1 dengan prediket Cumlaude dan mendapat  Anugerah Pemuncak Jurusan (Jurusan Hukum dan Perbandingan Mazhab) daripada Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim. Telah  menyelesaikan studinya di peringkat Sarjana Syariah (MA)  di Universiti Malaya selain menambah ilmu undang-undang syar’ie, kehakiman dan amalan guaman dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Post-Graduate Diploma in Islamic Jurisprudence and Praktice. Sekarang merupakan calon Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya.

Karier, Kerjaya & Aktiviti

“Adapun nikmat Tuhanmu hendaklah engkau beritakan”

al-Dhuha : 11

Seorang Imam dan khatib yang memimpin jamaah solat di Masjid Jamek al-Solihin Daerah Kuala Langat selain mengajar dan membuka kitab-kitab agama di masjid dan surau-surau, membentang kertas kerja, menyampaikan syarahan dan kuliah-kuliah agama serta motivasi di samping masih meneruskan perniagaan tradisi keluarga dengan membantu kedua orang tuanya. Aktif dalam NGO dan pertubuhan sukarela dengan menjawat Timbalan Pengerusi , Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor,  Setia Usaha KOPENAS BERHAD bagi Kawasan Kuala Langat dan Sepang, Ahli  Persatuan Alumni Maahad Hamidiah, Kajang (PERAMAH) selain menjadi ahli kepada Persatuan Pustakawan Malaysia dan Society For Prevention to Cruelty of Animal .

 

Minat & Hobi

“Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, kerana hati yang tidak gembira kan menjadi buta”

Sayyidina Ali K.W.

Suka melancong & mengembara di samping memandu kereta, menumpahkan bakatnya dengan menulis, mengarang dan melukis selain gemar membaca dan menyelidik. Juga mempunyai himpunan koleksi melalui kegiatan mengumpul setem dan matawang selain gambar-gambar foto melalui kesukaannya pada fotografi. Menyenangi aktiviti fizikal dengan memukul bola golf selain bowling serta mengayuh basikal bersama rakan-rakan atau anak-beranak di samping menunggang motorsikal besar.

Antara tempat yang paling disukai untuk dikunjungi ialah muzium dan tapak bersejarah. Manakala buku yang paling diminati ialah ensiklopaedia. Gemar berwacana tentang ilmu pengetahuan terutamanya yang diluar kebiasaan diskusi. Antara subjek kegemarannya ialah sejarah, analisis hukum dan undang-undang, sains angkasa, teknologi, tasawuf dan metafizika. Pernah tenggelam dalam asyik-mahsyuk dunia sufi dan tarikat selain  menerima ijazah wirid sebuah tarikat daripada bapa saudaranya.

Hasil kerja projek dan thesisnya semasa menuntut termasuklah “Nasikh dan Mansukh Dalam Al-Quran “, “Perlakuan-perlakuan Seks Suami Isteri dan Pandangan Hukum ; Satu Tinjauan Terhadap Ayat 223 Surah Al-Baqarah”,  “Seks Anal Menurut Undang-Undang Sivil dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor  (Satu Studi Banding Menurut Perspektif Hukum Islam)” dan terakhir “Amalan Fidyah Dalam Masyarakat Islam Di Kanchong Darat, Banting, Selangor : Satu Analisis”. Antara kertas kerjanya dalam seminar dan wacana-wacana Ilmu ialah ” Baldatun Tayyibah : Kenapa Andalusia”, ” Veterinar Dalam Islam”, kedua-duanya ditulis bersama Zamri bin Syafik; “Babi Menurut Agama dan Budaya Masyarakat”, “Rejab antara Sunnah dan Bid’ah”, “Tinjauan Terhadap Mawlid Berzanji”, “Amar Makruf dan Nahi Munkar : Kewajipan Jama’i”, “Tahlil Kenduri Arwah “, “Aurat Wanita” , Dosa dan Pahala sebagai Monitoring System Dalam Islam” dan lain-lain. Juga menghasilkan banyak persembahan power-point untuk ceramah-ceramahnya meliputi pelbagai topik seperti Maal Hijrah, Mawlid Nabi, Israk Mikraj, Akhlak dan Salah laku Remaja, Kelebihan Ilmu, Rancangan Musuh Menghancurkan Islam, Keselamatan Jalan Raya, Berjaya Dalam Peperiksaan dan lain-lain.




Perihal

Selamat Datang Ke Laman Al-Bakaky

Welcome To al-Bakaky Webpage

Sugeng Rawuh Wonten Ing  Pelataran al-Bakaky

اهلا وسهلا الى موقع البككي

Web Master : Obory Sosonong Shah

Mula beroperasi di tripod pada:

RABIUL AWAL 1426H / BULAN MULUD 1938 JIMAKIR / MEI 2005 MASEHI.

Dipindah ke WordPress pada:

ZULKAEDAH 1430H / DULKAIDAH 1942 JE / NOV 2009 M

“Aku adalah manusia biasa , punya keinginan dan nafsu , yang hidup dalam realiti dunia INI dengan mengharap REDA ILAHI agar dapat kujalani hidup dalam realiti dunia SANA”



NO TERRORISM PLEASE ! STOP WARS !

_______________________________________

© Hakcipta terpelihara. SEGALA BAHAN YANG TERBIT DI LAMAN BLOG INI BOLEH DIKONGSI DENGAN DIBERI KREDIT KEPADA RUMAIZI BIN AHMAD https://albakaky.wordpress.com/ NAMUN JIKA UNTUK TUJUAN KOMERSIL SILA HUBUNGI SAYA TERLEBIH DAHULU, BI WAJHILLAH. TERIMA KASIH.

Laman

Aku&Fotografi

A moment where the freedom are unlimited

kittyCat

JambangMenjambangJambangan

More Photos

AKSESsaya

Log in ke

Log In

Blog Stats

  • 46,652 hits

Berapa Hari Bulan

Disember 2016
M T W T F S S
« Mar    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

TAQWIM

MASA ITU EMAS

Baru-baru

Kategori

Monthly Archives


%d bloggers like this: