Masalah Takbir Raya : Sebelum atau Sesudah Wirid Sembahyang?

Soalan ini sama macam persoalan solat sunat rawatib sebelum atau selepas wirid dan di sana terdapat khilaf di kalangan para ulama sebagaimana yang pernah kita bawa dalam kuliah subuh sebelum ini. Kita yang bermazhab Syafi’i kita wirid dahulu sebelum sembahyang sunat. Rakan-rakan kita dari Pakistan yang bermazhab Hanafi atau lainnya, tuan2 boleh lihat mereka terus sembahyang sunat sebelum wirid dan doa. Ini khilaf dan masing2 ada hujah masing-masing. Berbalik kepada persoalan takbir hari raya ini, pertama sekali kita hendaklah tahu bahawa takbir hari raya ini terbahagi kepada 2, satu takbir mursal atau mutlaq dan kedua takbir muqayyad. Takbir mursal atau mutlaq ini ialah takbir yang tidak terikat dengan sesuatu umpamanya takbir Hari raya aidil fitri bermula dari terbenam matahari akhir Ramadhan hinggalah bertakbiratul ihram Imam solat sunat aidil fitri. Manakala takbir muqayyad ini ialah takbir yang disunatkan pada setiap sembahyang fardhu, atau sembahyang qadha, atau sembahyang sunat, atau sembahyang jenazah, iaitulah takbir hari raya aidil adha. Persoalannya dilakukan sebelum wirid atau sesudah wirid atau sesudah sembahyang sunat. Sebagai penganut mazhab Syafi’i di Nusantara mari kita buka kitab Furu’ al-Masa’il yang diterjemahkan dia oleh Mawlana Al-Syaikh Dawud bin Abdullah al-Fathani, cetakan Darul Maarif, Pulau Pinang, Jilid 1, muka surat 137. Apa tulisnya ?

Suila Radiyallahu ‘Anhu (Ditanya orang Radiyallahu Anhu) ; Apa kita dahulukan kemudian daripada sembahyang fardhunya atau sunatnya azkar sembahyang atau takbir ? (Azkar sembahyang tu wirid sembahnyang). Maka dijawabnya; Dengan bahawasanya hendaklah didahulukan takbir itu daripada azkar al-solah kerana bahawasanya ia tanda kenyataan waktu dan tiada berulang-ulang maka adalah sungguhnya akandia dengan mengerjakan sangat dituntut daripada azkar sembahyang ini nisbah kepada takbir muqayyad, adapun takbir mursal dita’khirkan dia daripada azkar sembahyang .

Mafhumnya, Takbir hari raya haji selepas solat aidil adha adalah takbir muqayyad maka lakukanlah sebelum wirid. Adapun takbir mursal itu sebermula daripada mula hari raya hinggalah Imam mengangkat takbiratul ihram solat sunat hari raya maka hendaklah dibuat selepas wirid sepanjang-panjang waktunya walaupun di sana ada pandangan yang mengatakan mengiringi waktu solat pada malam aidil fitri , ia dinyatakan pendapat yang kurang asah oleh Khatib Sharbini dalam Mughni Al-Muhtajnya disebabkan tiada waridnya daripada nas juga oleh Imam Nawawi dalam Minhaj al-Talibin Wa Umdat al-Muftin,

Dalam hadis Jabir menyatakan,Adalah rasulallah SAW bertakbir pada solat fajar (subuh) pada hari arafah hingga solat Asar pada akhir hari tasyrik sebaik sahaja salam daripada solat yang wajib. Dan dalam lafaz lain Rasulallah berpaling kepada sahabatnya selepas solat subuh seraya mengatakan tetaplah kamu ditempat kamu lalu bertakbir dari subuh arafah hinggalah asar akhir hari tasyrik. Riwayat Daruqutni dengan sanad yang dipertikaikan. Rujuk dalam Al-Fiqh Wa Adillatuh, Dr Wahbah Zuhayli , Jil.2, h. 383.

……. WaLlahu A’lam.

Jawapan untuk Kuliah Subuh.


About this entry